July 27, 2012

SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAMU....




DOA UNTUK KAMU :







Ya Allah, 
Panjangkanlah usianya agar lebih lama dia dapat mentaati-Mu...
Jadikanlah kehidupannya sebagai ladang...
Moga di akhirat kelak dia dapat mengutip hasilnya...

Ya Allah,
Tambahkanlah amalannya di saat bertambah usianya...
Semoga rehatnya adalah rantaian zikir...
Sebagai tanda cintanya pada-MU...

Ya Allah,
Berkatilah usahanya dan lindungilah dia...
Semoga dia dapat mencari haruman syurga ciptaan-Mu...


P/S : Have a very happy birthday to you....May Allah bless you....



SINGAPORE : MASJID SULTAN & BUGIS STREET

Sambung lagi citer...


Setelah hampir satu jam kami di sini, kami kembali semula ke bas atas arahan Encik Rashid kerana masa untuk menunaikan solat zohor hampir tiba. Sepanjang perjalanan ke masjid, aku melihat panorama Bandar Singapura…Begitu banyak shopping complex yang terdapat di sini dan juga bangunan bersejarah.

Untuk pengetahuan korang jugak, rakyatnya digalakkan menggunakan pengangkutan awam...diorang akan menggunakan kenderaan sendiri apabila hari minggu je..ni untuk mengurangkan pencemaran...


(1)


(2)


(3)

>>> (1. 2. 3)--gambar bas tu sume aku snap masa dok atas bas lagi...on da way ke masjid...suka gambar bas yg no.2...

Selepas itu, kami tiba di Masjid Sultan Singapura untuk menunaikan solat. Di sini juga terdapat beberapa buah kedai cenderemata, kedai kain dan juga restoran untuk menjamu selera. Kami juga sempat untuk makan tengahari di sini kerana di sini terdapat makanan halal.

Sewaktu aku melangkah ke dalam masjid ini, ternyata ia merupakan masjid yang sungguh besar dan bersih…Di dalam masjid ini juga terdapat papan kenyataan yang menceritakan sejarah masjid tersebut…


Jom solat..!!!


masjid ni masih lagi dalam pembinaan....


Tepat jam 3 petang, kami memulakan perjalanan ke Bugis Street….Sepanjang perjalanan, aku sempat laa snap beberapa pic yang menarik perhatian aku sebelum sampai ke destinasi. 

Bugis Street
 merupakan tempat yang penuh dengan pelbagai barangan, makanan, cenderamata, dan lain-lain lagi. Harganya pula amat berpatutan…Di sini, tiada makanan halal yang dijual melainkan buah-buahan…Hmmmm harga segelas air pun 1 dolar…Kalau korang nak tahu, 1 Dolar Singapura berharga RM 2.50….Mahal kan???? Kalau di Malaysia, segelas air hanya RM1… Kata orang, kalau berkunjung ke Singapura, jangan lupa singgah kat sini..Aku pon nak tahu jugak laa apa yang istimewa sangat kat sini.




Hmm....ni laa duit Singapore...



Besar tak roti ni???



Hmmm...susah nak cari makanan halal kat sini...

Bercerita mengenai Bugis Street, kita akan menemui latar belakang sejarah yang cukup panjang dan unik.  Sepanjang aku berjalan melintasi kebanyakan kedai yang menjual, rupa-rupanya  kedai di sini banyak yang  bercirikan kanopi besar berwarna merah dengan layar elektronik besar di atasnya. Pada awalnya Bugis Street kelihatan seperti tempat biasa, tidak lebih seperti pasar tradisional yang menjual barang dengan harga murah tidak kira pakaian, kasut, beg, aksesori, makanan dan cenderamata berjenama Singapura. Tidak ada apapun yang istimewa yang dapat aku lihat melalui deretan kedai. Aku berjalan sekadar untuk melihat bagaimana kawasan ini dapat menarik perhatian pengunjung. Jalan di kawasan ini mempunyai ruang yang agak sempit..Namun begitu, pada akhirnya aku mendapat sedikit cerita mengenai urban development yang unik di sebalik sejarah Bugis Street. Ia juga seiring dengan perkembangan kota Singapura yang pesat membangun dan akhirnya mendapat daya tarikan pelancongan negara ini.



Welcome...!!Welcome...!!!

Bugis Street juga sangat popular di kalangan pelancong luar negara dan selalu menjadi pusat membeli belah terbesar dari tahun ke tahun. Lokasi Bugis Street yang sangat strategik amat bersesuaian dengan kehendak pelancong  yang masuk ke Singapura dengan menaiki feri melalui Marina Bay dan merentasi  Bandar Changi termasuk bas pelancongan dari Malaysia yang berhenti di sini. Tambahan pula, penggunaan pengangkutan awam yang sangat selesa juga merupakan faktor kawasan ini menjadi tumpuan untuk berbelanja. Kawasan ini juga dapat dikunjungi dengan berjalan kaki dari Chinatown, Orchard Road, Clark Quay, Little India dan Kampung Glam.


comelnyee anak dara ni senyum..hehehe...!!


Suka topi ni....tapi tak beli pon...!!


Wan yang agak excited dapat snap pic kat sini...


Yanti dan Kak Ila suka bergambar kat beg-beg yang pelik ni...



Pic last yang aku snap sebelum baik bas.....Bye2 Bugis Street...

P/S : nak update cepat2..esok hari yang bermakna...!!!

July 26, 2012

SINGAPORE : CHINATOWN COMPLEX


Aku nak sambung balik cter aku  yang part two....

Bermula tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Chinatown Complex untuk membeli-belah…Kira-kira 20 minit kemudian, kami tiba di tempat tersebut yang terkenal dengan syurga membeli belah kerana harganya murah…Aku nak kongsi sedikit mengenai kewujudan Chinatown ni…..

Diambil dari Singapore Tourism Board (STB) : Sejarah Chinatown di Singapura bermula dari sekitar tahun 1821, ketika kapal China pertama tiba dari Xiamen, juga propensi Fujian di China. Semua penumpang kapal tersebut adalah lelaki, dan mereka mendirikan rumah di daerah selatan Sungai Singapura, yang kini dikenali dengan nama Telok Ayer. Nama Chinatown di lidah masyarakat setempat  ialah Niu Che Shui (Air Kereta Kerbau) yang merupakan keadaan pada waktu itu, mereka juga perlu mengambil air tawar dari sumur diBukit Ann Siang dan Spring Street dengan menggunakan kereta kerbau.

Namun begitu, tidak semua bahagian di Chinatown didiami oleh penduduk China. Ini disebabkan kewujudan Masjid Al Abrar di Telok Ayer Street serta Masjid Jamae dan Kuil Sri Mariamman di South Bridge Road menjadi saksi yang nyata wujudnya pelbagai agama di Singapura. Selain itu, Chinatown juga dapat dibahagikan kepada empat daerah utama iaitu Kreta Ayer, Telok Ayer, Tanjong Pagar dan Bukit Pasoh yang mempunyai keunikan tersendiri. Pusat aktivitinya terletak di wilayah Trengganu/Smith Streets.



Selamat datang...



Di hadapan Chinatown...



Besar tak tokong ni??? maklumlaa, ni kan kat Chinatown..Of course ramai orang cina kat sini...



Beli...!!!! Beli....!!! Ramainya orang tengah sibuk nak beli baju t-shirt Singapore...



Gambar ni bersinar....paling suka tengok gambar kucing tu..!!!



Berkenan kat patung-patung nie.....!!!!



Try pakai cermin mata ni...Mak aiiiii...!!!! Kuat betol power dia....sakit mata aku...!!



berada di tengah-tengah Chinatown...


Lepas tu, kami kembali semula ke bas dan berkunjung ke tempat lain pula untuk mebeli cenderahati..Tapi, aku lupa pulak nama tempat ni...



Haaa...Pilihlaaaa.....!!! Banyak cenderahati yang dijual kat sini...



Bengkaknyee mata aku....tak cukup tidow ahhhh...




Hmm...suka tengok bunga ros..ada macam-macam warna..!! Geram nak bawa balik..!!




Masa dok snap pic kat pokok limau ni, ada pengunjung dari Vietnam nak tangkap gambar dengan aku pulak...!! So, kami pon bergambar bersama...


P/S : Mata pon dah ngantok..esok pagi, nak bangun sahur pulak..!!! Update laju2..!!!

July 24, 2012

SINGAPORE : ESPLANADE PARK & MERLION..




Aku terpaksa update sekali lagi entry ni walaupun dah update semasa bulan 3 yang lalu...Haaa ni gara-gara kena ceroboh laa ni...So, nak share balik masa aku g Singapore beberapa bulan yang lalu...Huhhh…bestnyerrrr…!!!! Sebab dah lama simpan angan-angan nak melawat negara luar bersama kawan2…So, tepat jam 12.30 malam, aku bersama dengan Kak Ila, Wan, Kak Ija dan Yanti bertolak daripada USIM…Kami pergi ke sana di bawah naungan Mawaddah Travel…Akak senior yang uruskan..Budak2 UKM pun ade jgk.... Penat ahhh tunggu bas, sampai mengantok aku..!!!! Dahlaa malam tu jalan kaki daripada KK1 ke Akasia.. Semua ni gara2 kena berkumpul kat Central Curry House…So,redha je laaa…

Tepat jam 4.30 pagi, kami tiba di R&R Gelang Patah, Johor untuk mandi dan solat Subuh…Tapi, masa tu hujan terlampau lebat, kami terpaksa menunggu di dalam bas sehingga hujan reda…Alhamdulillah, kira-kira jam 5.30 pagi, hujan mulai reda dan aku mula mengayun langkah menuju ke Musolla. Setelah siap, kami menikmati breakfast yang disediakan iaitu nasi lemak dan teh panas…Walaupun tak berselera makan di awal pagi, tapi paksa diri jugak sebab nanti nak berjalan jauh..banyak tenaga diperlukan..!Kat sini, kami sempat lagi snap beberapa pic untuk dibuat kenangan…Maklumlaa, first trip kami bersama kan???



Masih segar di awal pagi....



Banyak tak kitorang makan...???


Setelah itu, kami meneruskan perjalanan sehingga ke Imigresen..Adoiii…Penat betul kena beratur panjang2 ni…Lagipon hari Sabtu, hujung minggu laa katakan…Ramai glerr orang!!!! Setelah siap semua urusan, tempat pertama yang kami lawati mestilaa Esplanade Park… Sebelum turun dari bas, kami diperkenalkan dengan Encik Rashid iaitu pemandu pelancong kami sepanjang kami berada di Singapore ni…Orangnya agak berumur tapi banyak pengalaman dan suka berjenaka…Agak lebar penerangan beliau tentang Bandar Singapore ni sebelum kami dibenarkan turun…tapi aku kagum mendengar cerita2 beliau…menarik dan diselitkan bersama lawak jenaka….



Haaa...!!! Ni laa tourist guide kitorang, Encik Rashid....


Yesss…!!!!! Akhirnya, aku dapat juga memijak kaki kat bumi Singapore ni….moden sungguh negaranya…dahlaaa bersih, satu sampah pon takde…Bagi aku, Malaysia patut mencontohi negara Singapura dari sudut kebersihan…Sape setuju dengan pendapat aku>????? Kali ni, Encik Rashid menerangkan tentang Esplanade Park ni…Selepas itu, kami memulakan beberapa langkah dan berhenti pada satu papan tanda yang tertulis Indian National Army..dan beliau menceritakan sekali lagi sejarah yang berkaitan dengan Indian ni…Huhuhu.,..banyak benar ilmunya!!!! Kat sini, banyak sangat sejarah tentang Esplanade Park ni…ada pusat seni,ada tugu memperingati orang mati dan lain-lain lagi…Banyak sangat..!!! So, aku nak kongsi serba sedikit dengan korang…Jauh berjalan ni, banyak pengetahuan kan???





Esplanade Park...



Nampak tak tangan Encik Rashid..??? Masa ni, beliau menjelaskan kat kitorang mengenai sejarah Indian National Army ni....



Esplanade – Theatres on the Bay adalah salah satu ikon bagi negara Singapura. Letaknya bersebelahan dengan Patung Singa (Merlion). Ini adalah salah satu pusat seni yang paling sibuk di dunia dan dibuka secara rasmi pada 12 Oktober 2002.

Pada tahun 1992, ia terpilih  oleh sebuah syarikat yang terdiri daripada perusahaan tempatan terkenal iaitu DP Architects (Singapura) dan Michael Wilford & Partners (Inggeris) untuk memulakan pembinaan bangunan pusat seni tersebut. Untuk mempertahankan perkaitan antara masa lalu dan sekarang, pusat seni ini akhirnya dinamakan Esplanade – Theatres on the Bay. 

Esplanade ini dibina bertujuan untuk dijadikan pusat seni pertunjukan bagi semua golongan dan program-programnya menjangkau kepada ragam penonton untuk mendapat sambutan yang luas dan luar biasa. Susunan programnya mencakupi segala genre termasuk muzik, tarian, teater dan seni visual dengan fokusnya khusus kepada budaya Asia.

Buat masa sekarang, ikon ini dengan rangka kembarnya yang unik bernaung di bawah pemerintahan Singapura, betul2 bersebelahan Marina Bay yang berdekatan Singapore River. Esplanade ini terdiri daripada dua ruangan besar: sebuah teater dengan 2,000 kerusi dan Concert Hall dengan 1,600 kerusi serta dilengkapi dengan dua studio yang lebih kecil, Esplanade Outdoor Theatre dan juga sebuah mall.. Dua kubah yang menjadi lokasi Teater dan Concert Hall dirancang dengan menggunakan bahan kaca untuk memberikan kesan yang terbuka. Ia juga bertujuan supaya pusat seni itu tetap berada dalam keadaan dingin…Untuk memastikan suhu tersebut kekal, lebih daripada 7,000 keping aluminium digunakan sebagai penahan matahari bersama dengan rangka penutup yang berlapis dan dipasang pada rangka untuk membentuk penutup yang menjadikan pusat seni ini sebuah ikon yang amat mempesona di kota Singapura. Penutup berbentuk duri itu akhirnya menjadi popular berdasarkan buah kegemaran masyarakat tempatan iaitu durian.



Unik tak penutup bangunan ni??? ada yang cakap macam buah nenas, ada yang cakap macam buah durian,
So, terpulang laaa kat korang tapi aku lebih percaya ia berbentuk durian...



Sebelum aku sampai kat patung merlion tu, kami berjalan di atas jambatan menghadap laut...hmmm aku rasa macam nak snap pic kat setiap sudut  yang ada....tapi, terpaksa kurangkan sikit perasaan teruja nak bergambar tu...




Tengok bangunan ni, nampak menarik kan..??? Sebenarnya yang berbentuk macam kapal terbang tu adalah hotel dan kasino....




Aku yang agak teruja...!!! Kat hujung sana tu macam sama dengan Eye On Malaysia...




Masa tengah jalan2..ternampak pulak Fullerton Hotel ni...

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan  untuk menuju ke Patung Singa (Merlion)…tempat yang menjadi tumpuan pelancongan…Dari jauh, aku sudah melihat begitu ramai orang sedang berkunjung ke tempat tersebut tapi tak sedikit pon semangat aku luntur…Sebab nak jugak sampai kat tempat tu…!!!! Akhirnya, aku tiba jua..!!!! gembira yang teramat..!!!! Encik Rashid hanya memberikan kami masa selama 15 minit sahaja sebelum kembali ke bas…So, cepat2 laa kami snap pic untuk dibuat kenangan….




Tengok ni...!! Ramai tak orang yang datang kat patung ni../???



senyum jerr sebab dapat bergambat kat sini...



Besar tak patung merlion ni????



Comel pulak diorang bergambar kat signboard ni...


Happy nye semua orang...!!!



Snap pic kat baby merlion ni pulak...!!! 


Waaaa.....lapar aiskrim..!!! Sedap je tengok aiskrim frosbite ni...



Dalam perjalanan pulang ke Esplanade Park tadi, kami sempat lagi mengambil beberapa gambar sebelum meninggalkan tempat ni....Bas sedang menungguuuuuuuu kami di situ......!!!!!!







Bangunan Maybank gah berdiri di tengah2...



Rasa macam musim luruh pulak...



Ni tugu memperingati orang mati...ada laa sejarah dia...


P/S : Bye..Bye....nak naik bas utk sambung trip....So, tunggu next entry part two...!!


July 23, 2012

....DATANGNYA RAMADHAN....







Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

P/S : SALAM RAMADHAN & SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH...

July 22, 2012

LAWATAN INDUSTRI DI KILANG ROTI HIGH 5...




Hohohoho...penat nak post entry balik sebab blog diceroboh....kosong entry blog aku....
Kali ni, aku nak share tentang pengalaman aku untuk menyiapkan task bagi subjek bisnes...


Assignment kali ni, aku kena buat Lawatan Industri dan menyediakan report setelah lawatan tu tamat...
So, aku memilih utk ke Kilang Roti High 5,yang terletak di Shah Alam, Selangor bersama budak2 dakwah....


Setelah tamat kuliah, kira2 jam 12.30 tengahari, aku bersama dgn kawan2 bertolak daripada USIM...
Kami berhenti di R&R untuk lunch and solat zohor....(ayat skema)


Masa sampai kat kilang tu, biasala ada orang sambut....Masa ni, kitorang snap pic jap sebelum memulakan tugas yg seterusnya....




( 1 )

        

( 2 )


( 3 ) 



( 4 )


(1, 2, 3, 4---ukiran di dinding yag terdapat di luar kilang...menarik kan???
--ukiran semasa zaman mesir purba yang menceritakan sejarah membuat roti...



kat pintu masuk cafe...




aku dan wan...(selalu excited)




Selepas tu, kami diarahkan untuk masuk ke kilang tersebut....Sebelum tu, sempat lagi snap pic kat sini...
Kami dibawa masuk ke bilik tayangan untuk menonton video mengenai sejarah roti....





Harga roti di kilang lebih murah berbanding harga di pasaran...



Blurr nyee gambar ni..


Lepas tengok video pasal sejarah roti tu, kena masuk ke dalam lagi, tengok macam2 replika roti...macam2 jenis ada...alat nak wat roti pun dia tunjuk jugak...tapi sayang, kami x dibenarkan merakam or amik sebarang pic masa kat dalam ni...tapi tak pelah, dapat masuk tengok pun kira dah o.k..

Kira-kira 1 jam setengah, selesai sudahhhh kerja kitorang...kami diarahkan masuk ke dalam cafe diorang...
Sebelum balik, ada sedikit cenderahati daripada kilang roti High 5 ni, dia bagi 1 plastic bag yang kat dalam tu ada macam2 jenis roti...



Background kat dalam cafe...



cenderahati yang kami dapat....tapi, air milo dan sosej rol tu kitorang bayar taw utk makan..!!!



3 orang jejaka yang perasan..!!




Abis lepak-lepak and borak-borak.,..tiba laa masa utk pulang ke kampus.....tapi sebelum balik, sempat lagi snap pic utk dibuat kenangan... sebagai bukti pernah menjejakkan kaki ke sini...




bergambar di replika roti High 5...



Bye...Bye...!!! Kami nak balik ke kampus USIM...