PRODUCT REVIEW : SIRI PEMBERSIH MEKAP PIXY


Hi Girls!

Aku ni jenis yang jarang mekap...kalau mekap pon time raya...time nak pi event, dinner or yang sewakktu dengannya...bagi aku,nak mekap ni leceh sangat lahhhh!! nak pakai foundation pon aku malas...kang tak memasal, terpakai tebal-tebal boleh jadi macam mayat hidup muka aku ni....nak pakai eyeliner pon terkial-kial....sekali pakai termeleret sampai ke telinga...kan kecohhh tu!!! bila rajin pakai, malas pulak nak bersihkan....korang pon mesti ada perasaan 'malas' nak bersihkan mekap kadang-kadang kan?

Tapi yang aku paling serammm bila baca info, orang yang malas bersihkan mekap & tidorrr dengan mekap, wajahnya akan kelihatan begitu tua seperti burung hantu di malam hari....eh tidak! sebenarnya dia akan kelihatan tua berbanding umurnya yang setahun jagung itu...contohnya umur dia 20 tahun...tetapi akibat sikap malasnya me'remove' kan mekap, wajahnya akan kelihatan seperti anak dara tua berusia 30 tahun?
Bagaimanakah rupanya? adakah seperti si burung enggang? 

Meh sini aku perkenalkan produk yang senang lagi mudah untuk gadis-gadis malas macam aku ni....Korang pernah dengar nama produk Pixy tak? Actually, Pixy ada melancarkan produk baru untuk menanggalkan mekap...Haaa sape-sape yang suka make up tu, aku sarankan sesangat korang beli laa produk pixy ni...


Aku cadangkan sebab siyesly sebelum ni aku cuci mekap pon guna mekap remover...leceh dah 1 hal...lepas tu kulit pedih & memerah jerrr....mencikkk!!! & kalau pakai eyeliner, memang susah gila kan nak tanggal? ditenyeh-tenyeh kelopak mata  itu sehingga mau tercabut gara-gara mahu mencuci...kadang-kadang tang mata tu, aku pon remove guna baby oil...lepas tu, berminyak nak mamposss...last-last fed up,terus cuci muka...kalau selalu macam ni, boleh jadi burung enggang tahu?




Sudahlaa begitu, banyak pulak kandungan mekap remover yang mengandungi alkohol...erghhhhh!! lagi-lagi buat muslimah macam aku ni, memang leceh laa kan? kite dah laa nak solat lagi...memang pikir benda yang senang nak guna & nak bawa pi mane-mane...solat pon terjaga!! tak gitu?? Ngeri tawww bila dapat tahu kandungan alkohol dalam sesuatu produk boleh menyebabkan pengeringan kulit yang berlebihan?
eeeee tobat jadi kulit mati nanti & Kulit kering pula boleh menyebabkan garis-garis 
penuaan cepat muncul.
tak nakkkk cepat nampak tua!!!!




Jadi, korang patut beli & cuba Siri Pembersih Mekap PIXY kerana produk ini tidak mengandungi alkohol untuk memelihara kelembutan semulajadi kulit anda. 

Produk ni terbahagi kepada dua jenis....satu jenis berbuih...satu lagi jenis toner,tanpa bilas...

korang boleh pilih yang mana korang suka or nak lagi senang,miliki kedua-duanya sekali...



Pelakon filem dan drama Indonesia,Citra Kirana merupakan duta bagi produk Pixy...hmmm cantikkan beliau? so,kalau nak kulit cantik macam dia, rajin-rajin laa cuci mekap tu bila dah bermekap...tak boleh malas-malas lagi...



Korang tahu tak, kalau korang bersihkan mekap guna baby oil or mekap remover macam baby wipes tu, sebenarnya kesan dia kurang bersih & bukan memmbersih hingga ke dalam kulit...bila tak bersih,maka liang pori-pori kat muka mula tersumbat dan akhirnya timbul laa makcik jerawat yang memerah tu kat muka..
Lepas tu, mula lahhh belek-belek muka depan cermin sambil membebel macam mak nenek...baru menyesal!



PIXY Single Step Liquid Foam for Makeup



Menggabungkan keberkesanan pencuci mekap dan pembersih muka dalam satu langkah dengan formula buih yang boleh dibilas dengan mudah. Ia berkesan menanggalkan mekap ringan serta membersihkan kotoran dan minyak berlebihan pada kulit. Tanpa alkohol, bebas minyak dan diperkaya dengan ekstrak Madu Asli. 



PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion


Formula yang berasaskan 100% air ini menggabungkan keberkesanan pembersihan pencuci mekap dan penyegar muka dalam satu langkah tanpa perlu membilas. Ia berkesan menanggalkan mekap serta membersihkan segala kotoran dan minyak berlebihan pada kulit. Tanpa alkohol, bebas minyak dan diperkaya dengan ekstrak Madu Asli.




Madu asli sangat berkesan terhadap kulit kita...aku kadang-kadang time rajin pernah laa campurkan madu ni dengan buah-buahan....lepas tu, buat mask kat muka....tapi kalau hari-hari buat mask guna madu ni, boleh botak purse aku taw!!korang tak perlu ragu-ragu lagi sebab Produk pembersih PIXY mengandungi madu asli yang bertindak sebagai pelembap semulajadi untuk kulit kite..jadi bila lepas cuci tu,kompem lembut  je macam marshmallow...hahahhaa!!!




Aku dah beli dah kat pasaraya....kebetulan balik umah....tapi aku rembat
 Gentle & Moist Cleansing Lotion...
aku ni jenis orang yang sibukkkk!! ke sana sini....kalau beli yang 50ml tu lagi senang nak sumbat dalam handbag....lagi satu senang aku nak travel sebab ada saiz kecikkk...
simple je kalau pakai yang nii...cepat solat,tak leceh & boleh guna macam toner je...tak payah nak bilas lagi....korang ape cite? try laaaa....kompem tak keciwaaa!!!

harga pon mampu milik....kalau aku pi pasaraya tadi, harga bagi 100ml : 10.90....kalau yang 50ml : 6.90...setahu aku jugak, pixy dah luaskan pasaran diorang...kat Mydin pon dah ada produk ni...kalau takde jugak kat tempat korang, cuba usher kat Watsons or Aeon...


 nak tahu lebih lanjut,boleh tekan sini....




JOM SAMA-SAMA MERIAHKAN KONSERT AMAL FOR RABIA


Hai semua!

Aku sebenarnya tak de apa pon nak tulis...tapi disebabkan ada sedikit perasaan tanggungjawab sebagai seorang student mass communication, maka aku perlu lah sentiasa meng'alert'kan diri dengan keadaan semasa walaupon aku sebenarnya bukan jenis yang rajin untuk membaca newspaper setiap hari....

Pernah dengar perkataan RABIA? Aku rasa memang ramai sangat yang dah pernah dengar perkataan ni & kalau nak bergamborr sekarang pon sibuk je nak buat simbol RABIA tu kannn?



Aku tahu ramai yang bersimpati & ramai jugak yang nak hulurkan bantuan....tapi kadang-kadang kerana sikap kita yang sentiasa endah tak endah menyebabkan kita tak pernah bagi sumbangan apa pon untuk membantu mereka....am I right? 


So, aku nak jemput korang semua or sape-sape je yang terbaca entry aku ni, jom sama-sama kita meriahkan Konsert Amal for Rabia....Apa kata korang tunjukkan kepekaan & keprihatinan korang terhadap pergolakan yang berlaku di Mesir, Palestin, Rohingya & Syria....tak nak tunjuk banyak pon, tunjuk sikit pon jadilah ek?


Tapi,aku sarankan sesangaattttt kita sebagai umat Islam ni prihatin laaa sikit dengan krisis yang melanda umat Islam negara lain...nak mengharapkan diri kita berjihad kat sana macam mimpi pulak kan? memang semua orang bagi tembakan doa setiap kali lepas solat, tapi......banyak pulak aku membebel.....


tapi cuba korang bagi sumbangan dalam bentuk wang ringgit...kita tak tahu wang yang kita salurkan tu,silap-silap dapat bagi diorang makanan ke, pakaian ke....korang fikirlah dengan duit yang korang derma tu & kalau insan yang dalam kesusahan tu mampu teruskan hidup berpunca daripada sumbangan kita, Allah limpahkan pahala berkali ganda tahu?


So tak rugi pon kalau menderma kan? Semakin banyak kita memberi, semakin banyak juga kita menerima even tak dapat wang ringgit pon, mungkin Allah bagi ketenangan hati, anak soleh...Rezeki Allah kan luas....


























Konsert ni di bawah anjuran Pelajar Komunikasi USIM...dengan kerjasama TV Al-Hijrah,Aman Palestin & lain-lain...aku tak mampu nak sebut semua sebab aku bukan di bahagian sponsor....hahahaha...Turut sama memeriahkan konsert adalah selebriti terkenal tanah air....memang gempakkk abis....!!nampak tak muka sape yang datang konsert...kalau tak nampak, cam laaa tu memang korang kena support
 & datang konsert ni....!!

Meh sini aku perkenalkan artis mane yang join konsert ni :





BIENDA

Dulu lagu-lagu dia kerap jugak dimainkan di setiap corong radio & TV....tapi lepas kawenn ni, senyap je kan....? if korang rindu sangat nak tengok dia & dengar suara dia, sila hadir pada malam tersebut..heeee







YATT HAMZAH

Teruja sangat aku sampai letak dua keping gambar dia....sape tak kenal kan dengan artis yang baru berhijab ni, muka dia pon dah kerap masuk majalah & sibuk penuhi jemputan sana-sini...Info terbaru, beliau baru je habis fashion show dengan Moslema in Style... kalau tak silap aku,3 hari lepas di PWTC....sape yang teruja macam aku jugak, boleh beli tiket dengan segera...kang abis, jangan salahkan aku pulak!





HELIZA HELMI

Si cantik manis bermata bulat ni, makin menjadi rebutan...Selain menjadi duta Cool Blog, beliau juga turut aktif dalam konsert amal...kalau nak jumpa dia depan-depan,jangan ragu-ragu....Book your ticket now!






HAFIZ HAMIDUN

Bekas anggota kumpulan UNIC ni masih lagi bergerak solo... beliau juga sangat popular dengan album Zikir Terapi Diri pada tahun 2011 andddddd kalau korang teringin sangatttt nak bertemu empat mata dengan pemilik syarikat produksi Arteffects International ni, segera laaa beli tiket ya...





ARDI HERMAN

Nama yang semakin melonjak naik....Beliau merupakan penyampai berita di TV Al-Hijrah dan merupakan seorang adik kepada Pengacara Popular TV 3, Ally Iskandar....sape nak berjumpa dengan jejaka tampan ni,sila inform kite laju-laju....




SHAM KAMIKAZE

Merupakan seorang pemuzik & komposer lagu, nama Shamril Mohamed Salleh atau lebih popular sebagai Sham Kamikaze kini semakin diterima oleh masyarakat apabila beliau tampil berubah dengan imej baru...Buat warga Usim, beliau tidak dapat hadir ketika di ICEPS tempoh hari, apa kata korang dengar dia menyanyi semasa konsert amal ni berlangsung...jangan lupa beli tiket ye!!





AZHARY

Mungkin dalam ramai-ramai selebriti, nama dia kurang menyerlah....tapi kalau korang nak tahu beliau merupakan penyanyi bagi lagu tema Kembara Tabung Haji bersama Ustaz Don yang disiarkan di TV Al-Hijrah....sedap kan suara dia? aku pernah jumpa dia, tak delahh borak depan-depan tapi pernah dengar dia menyanyi secara live masa Majlis Talk Syria sem lepas.....Dulu dia pernah bekerja dengan Astro Oasis tapi sekarang bekerja dengan 
TV Al-Hijrah...aku berani jamin korang tak kan menyesal bila dengar suara dia nanti....

nak tahu lebih lanjut mengenai beliau, boleh klik sini http://www.nasyidkini.com.my/







 Kalau nak beli tiket, boleh hubungi :

ATHIRAH HUDA : 013 6685464 
SAIFUL AZMI : 014 5232126  



Jom like page Konsert Amal For Rabia & kalau nak beli tiket secara online, 
boleh PM diorang di fb...

"SUPPORT DARI ANDA AMAT BERMAKNA UNTUK SEMUA"


PRODUCT REVIEW : PRESS CONFERENCE WITH MY BEAUTY DIARY MALAYSIA



Hello girls!

Dua minggu lepas, My Beauty Diary Malaysia invite aku untuk ke Press Conference diorang kat Kepong....Kebetulan tarikh tu aku free...jadi pi je lah kan?



Sebelum ni, aku tak pernah dengar pon nama My Beauty Diary....tsskkkk....sebenarnya My Beauty Diary punya produk adalah mask....tahu tak mask tu ape? mask adalah sejenis topeng yang boleh kita pakai apabila kita ingin menjaga kulit muka kita...kelihatan ayat di atas macam terbelit ye adik manis sekalian...





Aku yakin para gadis di luar sana pernah memakai mask ketika mahu tidur ataupon ketika mahu merehatkan fikiran....cuma terpulang kepada diri masing-masing samada mahu memakai mask jenis basah ataupon mask yang cepat kering itu...lepas tu, ditarik-tarik dari muka seperti nak terjojol kedua biji mata....

Ok fine,tak nak buat ayat berbelit lagi dahh....heheheehe....My Beauty Diary sangat terkenal di Taiwan, Hong Kong & Singapore...Mereka juga pernah memenangi anugerah HWB Award 2013 Watson Singapore pada tahun ni dan Asia Pasific TOP EXCELLENT BRAND Award pada tahun 2012....hebat bukan?

Apa yang ohsem sangat pasal mask ni adalah ia TIDAK mengandungi :-
  • Paraben Preservatives
  • Alcohol
  • Mineral oils
  • Pigments and fluorescent agents


Patented long-lasting moisturizing ingredient Cosphingo :
  1. It assists the skin to improve its moisture-retaining ability so that you can satisfy your hydration needs from all aspects.
  2. It helps dehydrated skin to regain and maintains its softness and tenderness like a baby's skin.
  3. Natural extracted patented long-lasting moisturizing ingredient Cosphingo maintain healthy skin by sealing in water for natural hydration.


Masa aku dalam majlis tersebut, diorang upgrade kan diorang punya mask....
sume sekali ada 8 jenis....
teruja habaq ang sebab sume mask dia memang superb abisss....tahu tak kenapa aku cakap macam ni...?

Aku memang suka pakai mask....mask korea & jepun lagi-lagi jadi feveret aku...tapi aku lagi jatuh cinta dengan mask My Beauty Diary sebab banyak mask yang kita boleh pilih ikut kesesuaian kulit kita....plusss kandungannya amat memelihara kelembapan kulit kita....lepas bangun tidorr je, rasa heaven sangatttt kulit muka...kelembapan terjaga + jerawat kecut + kulit halus je macam baby...hahhahaa....

Sepanjang Press Conference tu berlangsung, ada sesi soal jawab...sape dapat jawab dengan tepat,dapat goodies bag & mask....huhuhu...untung kan? ada jugak demo untuk tengok keberkesanan mask....so, salah seorang blogger ada yang volunteer kan diri untuk ke depan....yelaaaa jadi blogger ni, tak boleh nak malu-malu sangat dalam majlis....ditambah lagi dengan pertunjukan produk mask oleh model mereka yang cun melecun tu,....makin gempak lahhh kan??



So, Meh sini aku perkenalkan mask diorang....



Hyaluronic Acid Mask
Skin type : Normal skin types. Especially recommended for dry skin and for instant moisture retention.




Pearl Mask
Skin type : Normal skin types. Especially recommended for damaged skin and skin that needs softening and whitening.




Bird Nest Mask
Skin type : Normal skin types. Especially recommended for dry, rough, dark skin to enhance skin radiance.




Aloe Mask
Skin type : Normal skin types. Especially recommended for dry skin
 and to soothe and repair skin.
Optimal moisturizing. Comforting and soothing.




Arbutin Mask
Skin type : Normal skin. Especially recommended for dull skin and to achieve supple and whitened skin.




Apple Mask
Skin type : Normal skin types. Especially recommended for skin 
with large pores.




Collagen Mask
Skin type : Normal skin types. Especially recommended for skin lacking 
radiance and elasticity.




Black Pearl Mask
Skin type : Normal skin types. Especially recommended for skin lacking fairness,radiance and resilience.





Diorang pon ada jual produk lain selain daripada mask..... ada sabun, lotion, hand cream & banyakkk lagi....
korang boleh dapatkan di Watsons, Guardian, Sasa & lupa lahhh nama kedai yang lain....










buat masa ni, aku dah try dua mask : Aloe vera mask dengan pearl powder mask....kedua-duanya best & paling penting buat kulit muka aku lembap je & nampak glowing...bangun tidorrr pon masih lembap dan tak berminyak langsung...that's why aku memang cadangkan sesangattt korang try jugak...kompem korang pon akan jatuh cinta & rasa berbaloi bila dah guna nanti....

sebelom balik, kompem laaa kan aku makan dulu...sedap wehhh kalau pi event, diorang sediakan makanan...memang ase happy sangat sebab dapat manjakan perut...hahahahahaha....







Thanks May Soo (Managing Director) sebab sudi invite!


Aku jugak tak pulang dengan tangan kosong,dapat goodies bag warna pink....memang cair kat situ terus...dapat lagi kelapan-lapan jenis mask tu....boleh laaa aku try satu-satu & kalau dah habis nanti,boleh beli mana yang paling sesuai kan...terima kasih My Beauty Diary sebab memahami kecintaan aku...eh nanti! diorang bagi lagi buku nota kiut + face scrub + hand cream + body lotion....memang bahagia sesangatt hari tu....teruja wehhh dapat benda-benda comel ni....



Thanks to Butterfly Project Malaysia and My Beauty Diary Malaysia sebab bagi peluang yang sangat ohsem niiii....

 Jom like page My Beauty Diary Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...