JOM BELI SHAWL HALF MOON SULAM PELANGI


Setelah beberapa hari menyepi tanpa sebarang entry disebabkan aku agak sibuk dengan assignment, presentation, report & bla..bla..bla......sebenarnya, sibuk fikir pasal masa depan, pasal nak kerja, pasal nak cari duit, pasal nak rasa hidup sendiri....tetibe terpikir pulak nak buat bisnes online...ecehhhh macam pandai sangat...tapi, tak pandai pon nak belajar jugak buat slow-slow..aku tak kira..!!!nak buat jugak.....walaupon modal tidaklah begitu banyak tapi disebabkan ada keinginan jugak nak buat, apa kata aku cuba dulu...mane lah tahu ada rezeki kan???

Tak nak cerita panjang-panjang...aku buat online business ni dengan kawan baik aku sendiri, azreen....we share everything...sharing is caring right?? So, terciptalah nama 
Janieyra Fashion...korang boleh like page kami sebagai tanda support & aku appreciate sangat-sangat...sape like, dapat hadiah....hahhahahaa....untuk permulaan ni, aku jual shawl half moon sulam pelangi yang 3 tone & ada bunga serta manik...sangat sesuai untuk pergi dinner, event, majlis pertunangan & nak buat raya pon bolehhh....lepas tu terpulang laa korang nak pakai macam mana...nak belit-belit ke, nak pin secara biasa je....depends ikut keselesaan masing-masing ok...aku ada tunjuk jugak cara nak pakai walaupon tak banyak,
kain dia selesa sangat-sangat....
haaaa boleh tengok cepat-cepat kalau baca entry aku ni selaju yang mugkin...kenapa ayat aku pelik sangat ni?? Kenapa? Kenapa? *tetibe dilanda gangguan emosi...



Dah siap cuci-cuci mata tu, boleh laaa decide mana satu yang berkenan di hati...and lepas tu boleh pm kat inbox page Janieyra Fashion...jangan pulak korang pm kat fb personal aku...kalau rasa leceh, boleh laa hantar e-mail...kalau rasa leceh jugak, boleh sms kat aku...jangan nak tanya bukan-bukan, aku banyak kerja lagi nak buat....kang ada yang kena lempang kan...*garang ni....sape laa nak beli kalau penjual nya garang nak mampos macam ni....aku gurau je ek...hidup ni kalau tak de gurau senda, tak boleh jugak..asyik nak serius 24 jam ape hal??? next week dua individual assignment aku kena submit...so, ada apa-apa soalan, boleh laaa tanya aku dengan kadar segera...nak bayar mcm mana ke, nak aku pos laju ke, nak aku hantar depan umah ke (kalau dekat,akan dipertimbangkan)...nanti aku hantar dengan moto kapcai aku....hahahahaha


 Butiran lanjut :

Material : Chiffon
Size : Length 1.8 meter, width 30'' inch
Price : RM 40 
FREE postage..!!!




colour : purple,soft blue & blue
code : SHM 001



colour : orange, soft yellow & dark yellow
code : SHM 002



colour : soft pink,yellow & blue
code : SHM 003
warna sulaman bunga berbeza (boleh pilih)




colour : dark purple,blue & grass green
code : SHM 004



colour : light green, soft purple & white
code : SHM 005



colour : pink, mustard & soft blue ( paddle pop)
code : SHM 006



colour : dark purple, pink & yellow
code : SHM 007



colour : dark pink, green & soft pink
code : SHM 008


 Sebarang pertanyaan boleh laa : ------
1-    PM kat inbox page Janieyra-Fashion (facebook)
2-     Marilah kita bertweet-tweet di JanieyraFashion
3-     Send e-mail kepada janieyrafashion@yahoo.com
4-     Call/SMS ke nombor 013-9621323


  P/S : kejar masa ni, nak baca journal advertising pulak!!


Thanks for reading....


OUTING DI MIDVALLEY


Dah lama tak pergi Midvalley...tapi bila ada orang ajak pergi IT FAIR kat sana, teros nak ikottt sebab dah bosan gilerr dok umah...haruslah aku mengajak housemate aku bersama-sama iaitu wan & ina...mihmihmih...
lepas solat zohor, kitorang terus pergi ke sana...suasana yg agak bosan dalam KTM terus membuatkan kami tertidowww tapi bila dah sampai Kajang, mak aaiiiii ramainya orang nak naik KTM jugakk!! Disebabkan kami menggatal nak duduk kat seat bertiga, terpaksa laa menahan segala bau yang datang dari pendatang-pendatang luar..huh sampaikan aku terpaksa menghidu perfume far away aku dari Kajang sampai ke Midvalley....sangat rimassss...!!!

Dah sampai kat Midvalley tu, aku jalan & jalan sementara menunggu nak jumpa seorang lagi kawan aku yg study kat UM..namanya cik bedah..hahahaha..oh itu bukan nama sebenarnya...!!! full name dia sangat comel dan sedap didengar tahu tak..??? 
*pelik, kenapa aku tulis comell??..
masa aku sampai tu, dia sedang melantak pizza dengan housemate dia kat Pizza Hut sementara aku sedang mencari hadiah yg sesuai sempena ulang tahun kelahiran dia yang ke 21...makin tua dah kawan aku ni...tapi i'm still twenty ok?? hehehehe..
Kesian betoll kat Cik Ana, sebenarnya kitorang planning nak outing beramai-ramai tapi last-last semua diam...jadi aku pon jumpa laa cik bedah ni diam-diam je belakang diorang...hahahahhahha..*gelak jahat















Lepas jumpa je hadiah yang sesuai, *mana boleh cakap hadiah apa aku bagi...aku terus ke Pizza Hut tapi belum sempat nak masuk dah dengar orang menjerit-jerit panggil nama aku....kitorang terlampau excited dapat jumpa sampai aku pon nak ikot terjerit-jerit...kalau ingat balik, malu pulak semua orang tengok aksi kami yang membebel dan bercerita kat situ jugak, macam tak de tempat lain...kot ye pon sabar laa sikit...*membebel kat diri sendiri...last-last kitorang dapat borak sekejap je sampai terlupa nak amik gambar....aku pon dah lupa tujuan asal aku datang sebab nak pergi IT FAIR....

15 minit kemudian, aku pon teros blahhh ke level berapa ntah untuk ke IT FAIR & sebelom masuk haruslah aku mencari kedai yang menjual minuman disebabkan mulut aku tak berhenti bercakap dari tadi...
dahaga glerr habaq ang...!!
aku ni merupakan peminum tegar minuman cool blog..hahhahaa...tapi kat Midvalley ni, aku tak nampak pulak kedai dia...aku pon malas nak pikir panjang.,terus nampak kedai minuman CHATIME: GOOD TEA GOOD TIME...begitulah gamaknya nama dia...aku pon tak tahu minuman macam mana yg dia jual cuma kat gambar tu aku nampak air dengan black pearl je...
ramai gilerr berator & aku pon memilih menu yang berkenan di hati...bagi aku rasa dia sedap sebab semua perisa dia campur dengan tea...tapi confuse sekejap sebab tulisan dia cina...
balik terus search minuman ni halal ke tak..??
kalau tak halal, aku tengok ramai pulak org melayu beli, aku pulak main taram je sebab aku tak jumpa cool blog kesayangan aku tu, dah aku nampak org melayu beratur, aku pon beratur jugak laaa...
kalau nak tahu minuman ni halal ke tak, sila terjah sini 












lepas tu, terus masuk IT FAIR beli kelengkapan laptop...jalan sana, jalan sini sambil makan
 mushroom cheese sausage....
Lepas maghrib, dah laporrr balik & decided nak makan kat Chicken Rice Shop...aku hanya memilih makan Laksa Nyonya & air grass jelly...alhamdulillah habis makan walaupon masa mula-mula nak order tu was-was sebab tengok mangkuk dia besarrr kot....kalau kat umah, mana boleh makan tak habis, nanti abah marah...!! tetibe rindu ummi & abah...kalau balik mid sem ni, boleh laa pergi pilih kain baju raya dengan ummi sampai satu jam pon aku tak puas hati lagi kalau tak berkenan...last-last siap beli, pergi kat kereta tengok abah sedang tidow lena sambil adik-adikku melantak kelapa jelly, aiskrim & segala benda yang ada...ok kalau kakak aku ada, mesti aku tak boleh pilih lama-lama, nanti dia tak nak belanja aku makan secret recipe...hahahaa...






lambatnya nak habis sem 4...assignment makin berlambak-lambak...!!!



JOM JOIN CONTEST SUPER DUPER SIMPLE BY LOVE PATZZI



Selama ni tak pernah join mana-mana contest...tapi bila kak nicah a.k.a Love Patzzi 
buat contest yang teramat simple, terus tergerak hati nak join...lagipon sudah bertahun-tahun tak berjumpa dengan akak comelll ni, apa salahnya eratkan balik hubungan silaturrahim yang sudah lama ada..





Contest ni sangat-sangat simple...just LIKE & COMMENT je...tak perlu nak buat entry & tag pada kawan-kawan...mudah kan..?? jom ramai-ramai join...mane taw ada rezeki untuk menang...


Nota kaki : untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh terjah
jangan lepaskan peluang..!! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...