A SIMPLE GETAWAY TO LOST WORLD OF TAMBUN...COME & JOIN NOW!



Hi Readers! 

Sebenarnya, masa aku taip entry ni, aku teringin sangat nak pergi bercuti...seriously memang dah lama sangat aku tak pergi bercuti...rasanya, last aku pergi bercuti masa pi Singapore hari tu, tu pon dah dua tahun yang lalu...lihat lah betapa sibuknya aku...

Walaupon final exam sudah habis, tapi masih lagi serabut dengan hal-hal yang lain...& sejak aku kendalikan dua bisnes, memang tak cukup tangan laa jawabnya...hidup sebagai seorang student kadang-kadang sungguh meletihkan...tahu?

Aku memang suka travel, suka benda lasak, & suka pergi bercuti sambil memanjakan diri...aku suka dengan suasana yang tenang....jadi fikiran dan jiwa aku juga akan tenang...sungguh aku tak tipu!
ni memang punya tahap serius taip entry...

Tetibe, aku terbaca yang The Butterfly Project ada buat satu trip yang sangat ohsem! haa tahu tak nak pi mana? masa aku tengok tu, sentap gile jantung aku! diorang nak bawak pi Lost World of Tambun kat Ipoh tu....maka aku dengan sesungguh hatinya membaca syarat-syarat yang mereka mahukan.. sebab memang lama sangat aku tak travel...tapi yang paling aku suka, layanan daripada team mereka sangat baik, apa yang aku tak faham, diorang sudi jelaskan...& mereka juga sangat peramah!.
ohhh jatuh cinta dengan team butterfly...!

Di sini, aku nyatakan sebab-sebab mengapa aku nak pergi Lost World of Tambun dengan The Butterfly Project Malaysia...

Sebab pertama, aku baru je 2 kali sampai Ipoh, dan tak pernah bermalam kat sana...dan aku nak pergi sangat Lost World tu sebab aku betul-betul perlukan percutian...dan yang paling aku suka, aku dapat jumpa blogger-blogger baru....cuba kau bayangkan kalau aku dapat travel bersama-sama diorang, berkongsi minat yang sama, bercerita perkara-perkara baru, dapat tidur sama-sama & menikmati percutian bersama-sama...Sungguh aku tidak kisah bertravel bersama kawan baru sebab aku memang suka berkomunikasi dan hua hua hua...bising tak tentu pasal...kan memang sangat ceria dan betapa happy nya aku kalau dapat bersama diorang...






Haish, betapa luasnya Lost World ni, daripada list yang aku tulis, aku dah pangkah bab holiday sebab memang dah lama sangat aku tak pergi bercuti, that's why aku pilih untuk travel bersama-sama dengan team butterfly...lagipon, kalau aku dapat join travel ni bersama-sama mereka, akan ku abadikan setiap memori bersama mereka...kamera nikon aku pon dah lama berhabuk sebab memang dah lama sangat aku tak bawak dia pergi bercuti...kesian kan?

Sebelum aku buat entry ni, aku dah godek-godek website Lost World tu, punya laa best glerr aku dok tengok orang bermandi manda...ahhh jelousnya! So, aku tengok dekat Lost World tu ada Amusement Park, Water Park, Tiger Valley, Lost World Petting Zoo, Lost World Hot Spring & Spa, Tin Valley, Hotel dan Experiental Activities...hah betapa gigihnya aku membuat kajian semata-mata untuk travel bersama - sama team butterfly & blogger baru...


Water Park & Amusement Park










Korang tengok laaa gambar-gambar kat atas tu, seronok bukan? aku dah excited 
gler nak pergi ni....
aku dah mula berangan nak menggelongsor turun selaju yang mungkin....tengok pulak gelongsor tu berlapis-lapis, lagi teruja hati ni nak pergi...!! aku kan suka aktiviti yang mencabar! Seronoknya lahai kalau dapat bermandi manda kat sini....Lepas tu, main-main air dan bergurau senda dengan mereka....oh tak sabarnya!! hehehe...yang paling aku tak tahan masa tengok Amusement Park tu, dah membuatkan aku bertambah-tambah nak pergi....kalau laaa dapat main sume benda tu, macam terbang di atas udara kan? boleh laa bergelak ketawa & menghilangkan stress....kalau terbang sambil menjerit-jerit tu, lagi laaa dapat lepaskan tekanan perasaan...fuhhh lega beb!



Tiger Valley & Lost World Petting Zoo



Bila tengok harimau ni, aku dah tengok dia macam kucing peliharaan aku...harimau ni merupakan binatang yang sangat comel bagi aku sebab dia berbulu....& aku pulak memang suka pakai baju harimau ni tapi corak leopard je....mencik betol kalau pergi zoo, aku tengok harimau sume tidow...
dalam hati aku. "bila laaa engkau nak bangun?aku nak tengok kau menyelam ni.."
eh silap!hahahaha bukan menyelam tapi dia berendam dalam air...
aku memang suka gila tengokkk...








Lagi satu yang menggembirakan aku dan membuatkan aku nak join travel ni sebab aku ni pencinta haiwan...sangat suka & sayang giler-giler kat haiwan ni....bila aku tengok haiwan-haiwan kat atas ni membuatkan aku rasa melonjak-melonjak nak pegang dan belai-belai bulu dia....hehehehe....memang aku pencinta tegar warga binatang....haishhh kenapa laa team butterfly ni baik sangat....macam paham-paham je kesukaan & kecintaan aku....tak sabarnya aku nak berjumpa dengan team ni....
mereka sangat memahami & bertimbang rasa...sayang bebenor aku dengan team butterfly ni....kalau lah dapat berjumpa mereka,lagi la satu penghargaan besar buat aku!



Lost World Hot Spring & Spa / Hotel







Dah tengok gambar-gambar spa? Haissshhhh yang ni merupakan sebab utama aku nak pergi Lost World dengan team butterfly...
sebab mereka sangat-sangat memahami yang kaum wanita memang suka pergi spa....
Cuba kau bayangkan kalau pergi spa, ada orang tolong urut dan boleh berendam kaki....
alangkah indahnya tahu?

Lagi satu, aku tengok suasana spa kat Lost World ni sangat-sangat menenangkan hati..selain hati, minda, jiwa dan perasaan aku turut tenang dan damai je....sape yang tak nak kan tengok suasana yang dipenuhi dengan flora dan daun-daun serta pokok-pokok yang kehijauan....mau tak kembang hati aku?Yang paling aku sentap, tengok kolam tu, dah mula nak berendam kaki sambil borak-borak dengan kawan baru! tenang betol kalau dapat pergi spa kat Lost World ni....Oh team butterfly mampu merealisasikan impian aku...!!kihkihkih







Kenapa lah hotel dia cantik sangat? kenapa? kenapa? ni pon merupakan sebab kenapa aku nak pergi Lost World ni..tengok katil dia tu, boleh laaa aku landing puas-puas....lagi best kalau sebilik dengan kawan baru...boleh borak-borak sebelum tidow kan?aku memang suka pi travel kalau tempat tidow dia cantik & kemas je....kalau tengok katil yang tersusun rapi tu, lagi laa membuatkan hati ni tak sabar-sabar nak lelapkan mata....

That's why aku nak sangat join travel ni bersama-sama dengan blogger & team butterfly....
maka dengan sesungguh jiwa dan raga, aku dah siap packing barang-barang yang nak dibawa masa travel nanti...kesemua barang-barang ni sangat penting untuk aku....boleh laa aku merakam saat-saat indah dan snap pic banyak-banyak!



kalau korang nak join jugak, jom join ramai-ramai....mane tahu rezeki korang terpilih....even tak terpilih pon, sekurang-kurangnya kita berusaha & rezeki selalunya datang tanpa kita duga kan...?
di sini aku sertakan link untuk maklumat lanjut, kalau tak faham, boleh tanya team butterfly...diorang sudi untuk membantu...



Wish me luck & Pic credit to google..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013


Sebenarnye tak de ape pon nak tulis malam ni memandangkan malam ni je malam last untuk solat tarawih....esok dah tak boleh tarawih sebab malam raya ataupon 
lebih sinonim di kalangan orang kelantan adalah 
"esok hari wak ttupat"....

selalunye kalau aku balik kampung, atok aku gigih buat ketupat bucu segi tiga tu....dah 
tua-tua pon gigih buat ketupat....kau mampu? bukan ketupat nasi yang makan dengan kuah kacang tu eh?? ini ketupat daun palas dengan berbagai nama....
kadang-kadang aku mencik betol dengan ketupat yang rasanya manis ataupun ada kacang kat dalam tu....tobat aku makan ketupat saje....kacang nye aku pergi tanam belakang umah...gigih tahu? sebab nye kalau aku buang merata, kan kantoii pulak...!

aku paling suka ketupat yang ada serunding tu....mula-mula aku pindah kelantan, aku paling tak suka bila dengar orang kelantan panggil serunding tu 'sambal daging'...sebab aku pikir mane sambalnye?? tapi dah lama-lama aku pon makin biasa dengan perkataan sambal daging...makin lama, makin rasa bangga pulak jadi orang kelantan...!!



kau nampak tangan orang tua ni tunjuk daun palas?



ni lah rupanye apabila dah siap disimpul...ke kau panggil bungkus?


dulu aku pernah jugak buat ketupat daun palas ni...gigih kau nak belajar....mula-mula memang nak nangis sebab tengok orang buat laju jer...aku? punye lah nak simpul daun palas tu dah kekok satu hal...tak kenal pulak! tapi bila dah belajar, mula lah nak 
berlumba sape cepat siap!



tergugat hati ambo tengok ketupat yang dah siap ni!



memang kena buat banyak-banyak dan berkilo-kilo apabila tibanya hari raya!



ni lah rupa ketupat serunding yang aku dok gila selama ni...

..........................
habis cerita pasal ketupat, sekarang ni aku nak buat ucapan Selamat Hari Raya khusus buat pembaca blog aku ni....tak kira laaa kau tu suka jadi silent readers ke ataupon kau memang pengunjung tetap blog ni....



   Purify your hearts with the remembrance,  
Enlightened soul with love; 
Through the day with a smile, 

Set step with gratitude; 

Purify the heart with an apology, 

Congratulations Aidil Fitri;

TaqabbalAllahu Minna Wa Minkum, 

Minal Aidin Wal Faizin; 




Satukan tangan satukan hati, 

Itulah indahnya silaturrahim,

Di hari kemenangan kita padukan, 

Keikhlasan untuk saling memaafkan; 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri,

Mohon Maaf Zahir Batin. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...