PRODUCT REVIEW : SIRI PEMBERSIH MEKAP PIXY


Hi Girls!

Aku ni jenis yang jarang mekap...kalau mekap pon time raya...time nak pi event, dinner or yang sewakktu dengannya...bagi aku,nak mekap ni leceh sangat lahhhh!! nak pakai foundation pon aku malas...kang tak memasal, terpakai tebal-tebal boleh jadi macam mayat hidup muka aku ni....nak pakai eyeliner pon terkial-kial....sekali pakai termeleret sampai ke telinga...kan kecohhh tu!!! bila rajin pakai, malas pulak nak bersihkan....korang pon mesti ada perasaan 'malas' nak bersihkan mekap kadang-kadang kan?

Tapi yang aku paling serammm bila baca info, orang yang malas bersihkan mekap & tidorrr dengan mekap, wajahnya akan kelihatan begitu tua seperti burung hantu di malam hari....eh tidak! sebenarnya dia akan kelihatan tua berbanding umurnya yang setahun jagung itu...contohnya umur dia 20 tahun...tetapi akibat sikap malasnya me'remove' kan mekap, wajahnya akan kelihatan seperti anak dara tua berusia 30 tahun?
Bagaimanakah rupanya? adakah seperti si burung enggang? 

Meh sini aku perkenalkan produk yang senang lagi mudah untuk gadis-gadis malas macam aku ni....Korang pernah dengar nama produk Pixy tak? Actually, Pixy ada melancarkan produk baru untuk menanggalkan mekap...Haaa sape-sape yang suka make up tu, aku sarankan sesangat korang beli laa produk pixy ni...


Aku cadangkan sebab siyesly sebelum ni aku cuci mekap pon guna mekap remover...leceh dah 1 hal...lepas tu kulit pedih & memerah jerrr....mencikkk!!! & kalau pakai eyeliner, memang susah gila kan nak tanggal? ditenyeh-tenyeh kelopak mata  itu sehingga mau tercabut gara-gara mahu mencuci...kadang-kadang tang mata tu, aku pon remove guna baby oil...lepas tu, berminyak nak mamposss...last-last fed up,terus cuci muka...kalau selalu macam ni, boleh jadi burung enggang tahu?




Sudahlaa begitu, banyak pulak kandungan mekap remover yang mengandungi alkohol...erghhhhh!! lagi-lagi buat muslimah macam aku ni, memang leceh laa kan? kite dah laa nak solat lagi...memang pikir benda yang senang nak guna & nak bawa pi mane-mane...solat pon terjaga!! tak gitu?? Ngeri tawww bila dapat tahu kandungan alkohol dalam sesuatu produk boleh menyebabkan pengeringan kulit yang berlebihan?
eeeee tobat jadi kulit mati nanti & Kulit kering pula boleh menyebabkan garis-garis 
penuaan cepat muncul.
tak nakkkk cepat nampak tua!!!!




Jadi, korang patut beli & cuba Siri Pembersih Mekap PIXY kerana produk ini tidak mengandungi alkohol untuk memelihara kelembutan semulajadi kulit anda. 

Produk ni terbahagi kepada dua jenis....satu jenis berbuih...satu lagi jenis toner,tanpa bilas...

korang boleh pilih yang mana korang suka or nak lagi senang,miliki kedua-duanya sekali...



Pelakon filem dan drama Indonesia,Citra Kirana merupakan duta bagi produk Pixy...hmmm cantikkan beliau? so,kalau nak kulit cantik macam dia, rajin-rajin laa cuci mekap tu bila dah bermekap...tak boleh malas-malas lagi...



Korang tahu tak, kalau korang bersihkan mekap guna baby oil or mekap remover macam baby wipes tu, sebenarnya kesan dia kurang bersih & bukan memmbersih hingga ke dalam kulit...bila tak bersih,maka liang pori-pori kat muka mula tersumbat dan akhirnya timbul laa makcik jerawat yang memerah tu kat muka..
Lepas tu, mula lahhh belek-belek muka depan cermin sambil membebel macam mak nenek...baru menyesal!



PIXY Single Step Liquid Foam for Makeup



Menggabungkan keberkesanan pencuci mekap dan pembersih muka dalam satu langkah dengan formula buih yang boleh dibilas dengan mudah. Ia berkesan menanggalkan mekap ringan serta membersihkan kotoran dan minyak berlebihan pada kulit. Tanpa alkohol, bebas minyak dan diperkaya dengan ekstrak Madu Asli. 



PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion


Formula yang berasaskan 100% air ini menggabungkan keberkesanan pembersihan pencuci mekap dan penyegar muka dalam satu langkah tanpa perlu membilas. Ia berkesan menanggalkan mekap serta membersihkan segala kotoran dan minyak berlebihan pada kulit. Tanpa alkohol, bebas minyak dan diperkaya dengan ekstrak Madu Asli.




Madu asli sangat berkesan terhadap kulit kita...aku kadang-kadang time rajin pernah laa campurkan madu ni dengan buah-buahan....lepas tu, buat mask kat muka....tapi kalau hari-hari buat mask guna madu ni, boleh botak purse aku taw!!korang tak perlu ragu-ragu lagi sebab Produk pembersih PIXY mengandungi madu asli yang bertindak sebagai pelembap semulajadi untuk kulit kite..jadi bila lepas cuci tu,kompem lembut  je macam marshmallow...hahahhaa!!!




Aku dah beli dah kat pasaraya....kebetulan balik umah....tapi aku rembat
 Gentle & Moist Cleansing Lotion...
aku ni jenis orang yang sibukkkk!! ke sana sini....kalau beli yang 50ml tu lagi senang nak sumbat dalam handbag....lagi satu senang aku nak travel sebab ada saiz kecikkk...
simple je kalau pakai yang nii...cepat solat,tak leceh & boleh guna macam toner je...tak payah nak bilas lagi....korang ape cite? try laaaa....kompem tak keciwaaa!!!

harga pon mampu milik....kalau aku pi pasaraya tadi, harga bagi 100ml : 10.90....kalau yang 50ml : 6.90...setahu aku jugak, pixy dah luaskan pasaran diorang...kat Mydin pon dah ada produk ni...kalau takde jugak kat tempat korang, cuba usher kat Watsons or Aeon...


 nak tahu lebih lanjut,boleh tekan sini....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...