MAJLIS MALAM ANUGERAH FFVPM KALI KE-10


Sebenarnya, dah lama aku menyepi dengan entry pasal kampus & life sebagai seorang student....semester lepas, aku ada terlibat dengan Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia kali ke-10 (FFVPM)...aku sebenarnya memang dah lama tak terlibat dengan event besar besar ni...

Kalau korang nak tahu, Usim telah dipilih sebagai tuan rumah bagi FFVPM kali ni,..jadi terpaksa lah kami pelajar tahun 3 dan tahun 4 menolong lecturer kami utk memeriahkan lagi suasana festival tu...eh apesal ayat aku skema? tapi tak pe lah kan, aku ok je....kalau diikutkan, aku terpaksa jadi wartawan...kengkawan aku yang lain ada bahagian tayangan laa, majlis perasmian laaaa,bengkel laaa....maklum je lahh kan event yang besar macam ni memerlukan tenaga yang cukup banyak..




Setahu aku, ramai jugak yang hantar penyertaan...maybe dalam 200 penyertaan dari IPTA/IPTS....heeee memang meletihkan...jadi petugas ni sebenarnya memang penat tapi kalau buat sama sama dengan kengkawan tu, tak delah penat mane pon...

Seingat aku, festival ni berlangsung selama 3 hari...acara yang paling kemuncak adalah malam anugerah...malam anugerah ni sama je macam kau tengok ABPBH, Anugerah Skrin....kan memang vogue tu!! tapi aku tak de terfikir pulak yang malam tu akan mendapat sambutan luar biasa...




Lecturer cakap kat kitorang, nanti malam anugerah tu, korang kena pakai tudung warna merah taw! baju tak kisah! aku bukanlah seorang penggemar warna merah...memang tak delah tudung or shawl warna merah...last-last aku pi pasar malam, aku beli je shawl warna merah...baru 10 hengget!! ok lahh tu drp membazir...beli pon sebab nak pakai...housemate aku ada pi beli kat uptown, kat Nilai 3...semangat betoll kitorang niii....





Antara selebriti yang datang malam tu, Kieran HOT FM, Nash, Amin Idris (TV Al-Hijrah), Finaz Yunus (TV Al-Hijrah and lepas tu pengarah FINAS, Setiausaha Kementerian Komunikasi & NC USIM...kemain kau, aku sebut betol betol....

Malam tu biasa lahh kan ada persembahan, lepas tu bagi anugerah, lepas tu persembahan balik...lepas tu bagi anugerah balik....sebenarnya ada 7 kategori je yang dipertandingkan, tapi  apesal aku ase macam lama je nak habisss majlis....Alhamdulillah, USIM dapat jugak anugerah paling popular menerusi filem 'Dompet'...kalau korang nak tengok, boleh search kat You Tube erkkk....tahniah!



Paling meriah bila Nash dok nyanyi lagu femes dia yang dulu dulu tu...tambah lagikkk dengan geng geng ASWARA yang paling banyak menang anugerah..memang bising gileeee dalam stadium...tapi dah memang rezeki korang menang besar! lagipon filem korang memang meletopppp!! ape pon, tahniah sebab hampir semua anugerah korang bolot bawak balikkk!!



Habis je majlis, kitorang ape lagi...sibuk je nak bergamborrrrr sampai lebam! hahahhahaaa...lagipon aku rasa masa ni jerr nak happy happy dengan kengkawan!! masa ni je nak kumpul ramai ramai...masa ni je nak rapatkan ukhuwah..masa ni je nak kumpulkan kenangan sebagai student...masa ni je nak rasa betapa bahagianya hidup kalau ada kawan kawan best macam korang!miahahahhaahhaa









Housemate aku semua satu kos dengan aku...sorang je student bahasa arab....lepas habis majlis, kitorang decided nak pi melantak banyak-banyak...diorang tak de laaa melantak sangat! aku jee yang terlebih melantakkk!! nak buat macam mane, dah lapoorrrrr...makan je laahhhh!






Till then,

XoXo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...