Tetibe aku gatal nak buat entry pasal korean drama...ek celi, aku memang minat gilee layan korean drama ni...sejak dulu dulu lagiiii yakni masa sekolah....lepas tu melarat-larat sampai sekarang....kalau korang nak tahu, layan drama depa ni boleh buat aku hilang stresssss....maybe aku je lahhh kot ase macam tu....korang belum tentu lagi....tapi kalau boleh, masa stress tu banyak banyak kan lah baca quran, masa tu hati akan tenang plus baca quran sambil nangis....sebab dah feel...tak caye try buat! *tetibe
aku sebenarnya baru lah jugak layan drama ni sebab drama ni diterbitkan tahun lepas....mula mula masa layan, aku rasa hero dia tak de lah hensem sangat pon...tapi lama lama tengok rase makin hensem pulak..bahahahhaa....
bila aku makin layan, makin kesian pulak dengan watak hero ni...kesian wehhh....sambil ase macam sedih tengok hidup dia tapi aku tak de lah nangis....tak chilll laaa wehhh nak nangis bagai ni....mesti korang tertanya tanya tajuk ape lah drama ni...aku pulak dok pot pet pot pet dari tadi lagiii...
Drama Korea That Winter The Wind Blows menceritakan tentang seorang penjudi terkenal bernama
Oh Soo (Zo In-Sung) yang tinggal di daerah Cheongdam dan menjalani kehidupannya dengan penuh sia - sia. Dia ditinggalkan oleh ibunya di Pusat Asuhan sejak dia dilahirkan. Berbagai dugaan dan rintangan terpaksa ditempuhinya untuk meneruskan hidup sehingga dia terpaksa berpura - pura menjadi seorang abang kepada seorang wanita yang juga merupakan pewaris perusahaan bernama Oh Young.
Oh Young (Song Hye Kyo) merupakan seorang wanita yang cantik dan kaya. Namun, dia tidak percaya akan kewujudan cinta. Hidupnya juga sunyi dan bertambah sepi apabila ayahnya meninggal dunia. Malah dia juga merupakan seorang yang cacat penglihatan (buta). Dia juga harus melindungi dirinya sendiri kerana bimbang ditipu oleh orang sekeliling yang suka mengambil kesempatan di atas kekurangan dirinya.
Bagi aku, drama ni berjaya buat aku tak tidow malam sebab suka buat aku tertanya tanya dah satu hal....lepas tu melting gile tengok orang main salji...hahahahahaaa....lagipon, banyak scene yang sedih + happy....tapi aku memang dah jatuh cinta dengan lakonan mereka....lagi lagi dengan watak hero & heroin...
Scene ni paling berjaya dapat rating tertinggi daripada penonton...sehingga aku sendiri pon ase nak makan cotton candy masa tu....pehal cute sangat scene ni???
kalau nak tahu kesudahan drama ni, pi download sendiri! macam aku, aku tengok secara online je sebab kat umah internet memang laju seimpak maksima!! heeee huuuuu....!!
pic last utk tatapan korang....
till then,
xoxo