Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

February 4, 2014

TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI BERSAMA DOVE EMPOWERMENT WORKSHOP


Hai semua....hari ni baru aku berkesempatan utk update blog...hari tu, aku ada join kempen Dove...saje je masa tu nak join....masa tu Dove nak kumpulkan suara-suara aspirasi wanita jika mereka berjaya bebas daripada keguguran rambut...lagi best bila 100 orang daripada beribu ribu suara tu akan terpilih untuk menghadiri Dove Empowerment Workshop dan menikmati :

Sesi pemanjaan diri
Produk Dove Hair Fall Rescue
Bengkel bersama tokoh - tokoh wanita
Kelas Pedandanan diri

Kempen tu agak lama jugak...berbulan-bulan....bila aku balik je Nilai, Dove ada mesej aku cakap aku terpilih untuk menghadiri workshop diorang...aku pon ape lagi, terus kompemkan...sebab peluang tak selalu datang kan???

Lepas tu, Dove send emel bagi kad invitation & paling aku tak percaya dia suruh bawak sorang kawan pompuan...So, aku ajak laa member aku zaman sekolah dulu...Nama dia Faqih....eh nama dia sebenarnya panjanggggg sangattt tapi better aku letak yang paling pendek je kot...Event tu kat Hotel Impiana KLCC...dengar tempat dia pon, dah buat aku kecut perut...mesti berbintang bintang lahh hotel dia...




Aku sampai agak awal jugak laa, dalam jam 8.45 pagi sebab ikut invitation tu, event start jam 9 pagi - 5 petang...dah sampai tu, aku register dulu & lepas tu Dove sediakan breakfast sekali,....wah wah wah memang aku pon tgh lapar masa tu...cukup jelah aku mkn mee goreng & orange juice pagi tu...







Sementara tunggu orang lain sampai, aku bergambor je laahhh kan sebab diorang dah sediakan photographer...kita cuma jadi talent je...






Event pertama bemula dengan sesi keyakinan diri bersama host 3R musim baru...sape lagi kalau bukan Dayah Bakar, Amirah & Yvonne....emcee pada hari tesebut adalah Azah
 (bekas host 3R)....
bagi aku, diorang sporting sesangat sebab masa sesi tersebut berlangsung, kemain diorang tanya soalan kebabommm....contohnya: awak rasa awak cantik tak hari ni? awak ase pakaian awak ok tak? awak ase yakin tak dgn diri awak sekarang? fuhhh nampak je simple tapi tang nak menjawab tu, ade lah jugak terketar ketar nye....tapi aku main bedal jeee jawabbbb!! baru laa self confidence meningkat wooo...!! miahhahahahaaha





Sesi kedua pulak bersama dengan Ellynita Lamin, seorang usahawan sosial yang berkongsi pengalaman sebagai sukarelawan di bumi Acheh selepas Acheh dilanda tsunami pada tahun 2004...pengalaman dia superbbb abisss...aku yang dengar ni pon ternganga nganga...maklumlah kan kite ni pompuan, pi negara orang ni banyak cabaran, takut kena tipu lah, takut kena culik laa....tapi dia memang berani gilossss!
aku memang terpegun gile dengan semangat dia!



sementara tunggu selebriti Malaysia tanah air sampai, kami makan lagiii....makan pagi dengan hidangan yang amat memanjakan perut aku...muehehehehe...tak menyesal betoll aku datang, boleh makan banyak sambil menimba ilmu....wakkakakakaa....kau paham je lahhh makan kat hotel ni bukan makan cincai cincai, sekali makan benda yang sedap & rasa dia cukup lengkap...iye idokkk??







Antara selebriti tanah air yang datang adalah Ning Baizura, Sharifah Shahirah & Sharifah Aleya...mereka ni datang kongsi pengalaman mereka mengejar cita cita mereka yang menggunung tu....bagi aku, bukan senang nak yakin dengan diri sendiri...betul tak? sebagai contoh, andai kata hari ni korang kena speaking gile gile depan kelas...malam tu, mesti korang tak tidoww sediakan text nak cakap, & lepas tu tanya diri sendiri boleh ke tak aku ni nak speaking? kang keluar bahasa lain pulak kan?




kadang kadang merungut kenapa ntah dengan lect tu,, sikit sikit suruh speaking, sikit sikit suruh present kat depan...dah lee aku ni tak berapa pandai, dah laa aku ni selalu gugup...u see that? mesti ramai macam tu kan? sebenarnya semua orang boleh kalau berusaha, tapi tu lahhh kan? kadang kadang kite sendiri yang tak yakin dengan diri kite...sebab tu laahhhh aku dengan senang hati amik benda positif masa datang event ni...
kot lahh kan tetibe level confidence aku tu meningkat....bahahahahahaha

panjang pulak aku membebel, sebelum lunch ada sesi bersama Athiya dan Hasreena yang berkongsi kejayaan mereka mengatasi masalah keguguran rambut....boleh dikatakan sume pompuan ada masalah rambut gugur..iye dok?? ape kata korang cuba lahh produk Dove ni.....aku dah cuba, memang rambut tu dah kurang yang gugur....tak de lahh kan masa sikat rambut tu, beribu ribu helai yang melekat....




Sesi lunch memang sangat ohsem....aku pon dah tak tahu nak amik ape....rase macam sume benda nak makan....yelahhh bukan selalu dapat makan kat hotel ni kan? tapi jangan lerr ikut nafsu....aku amik yang perlu je...lepas tu makan ice-cream baskin robbins...miaahahhahahahaa...sedap gilee uollsss...faqih makan sate dengan ice cream je....






Untuk sesi petang, kami dibahagikan kepada 3 group seperti sesi yang aku cakap kat first paragraph tadi...lepas lunch, group aku nama nye Lavender...perlu ke sesi True Beauty...masa ni dia ajar korang macam mane nak pilih warna pakaian yang sesuai untuk kulit korang...yang pasti, kulit aku pakai lahh warne apa pon, sume bolehhh....lepas tu, dia ajar cara korang nak make up dan jaga rambut.....



Sesi seterusnya, True Relaxation dia ajar korang macam mane nak urut kepala kalau pening, nak urut bahu & so on....ade lahh teknik nya yang perlu kita pelajari...lepas tu, dengan baik hatinya Dove menyediakan perkhidmatan sesi mengurut bahu & belakang utk kami setelah  seharian penat bersama mereka....fuhhh memang lega weh bila ada orang urut...lenguh lenguh bahu semua hilang....






Sesi terakhir adalah True Wellness di mana kami belajar bagaimana utk melakukan senaman kerusi secara ringkas....miahahahhaaa..yang ni best wehhhh.....banyak pulak aku belajar hari ni.....



Sebelom pulang, Dove sediakan makanan lagi utk kami..lepas tu kami mengambil gambor beramai-ramai & kami jugak tak pulang dengan tangan kosong....dapat goodies bag sekali dengan produk syampu hair fall rescue berserta beberapa keping gambar yang telah siap print out....aku happy gilee wehhhh!!










 Thank you Dove kerana bagi peluang yang sangat ohsem ni...
korang boleh like page Dove di sini...


  pic kredit to Dove....



January 30, 2014

MAJLIS MALAM ANUGERAH FFVPM KALI KE-10


Sebenarnya, dah lama aku menyepi dengan entry pasal kampus & life sebagai seorang student....semester lepas, aku ada terlibat dengan Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia kali ke-10 (FFVPM)...aku sebenarnya memang dah lama tak terlibat dengan event besar besar ni...

Kalau korang nak tahu, Usim telah dipilih sebagai tuan rumah bagi FFVPM kali ni,..jadi terpaksa lah kami pelajar tahun 3 dan tahun 4 menolong lecturer kami utk memeriahkan lagi suasana festival tu...eh apesal ayat aku skema? tapi tak pe lah kan, aku ok je....kalau diikutkan, aku terpaksa jadi wartawan...kengkawan aku yang lain ada bahagian tayangan laa, majlis perasmian laaaa,bengkel laaa....maklum je lahh kan event yang besar macam ni memerlukan tenaga yang cukup banyak..




Setahu aku, ramai jugak yang hantar penyertaan...maybe dalam 200 penyertaan dari IPTA/IPTS....heeee memang meletihkan...jadi petugas ni sebenarnya memang penat tapi kalau buat sama sama dengan kengkawan tu, tak delah penat mane pon...

Seingat aku, festival ni berlangsung selama 3 hari...acara yang paling kemuncak adalah malam anugerah...malam anugerah ni sama je macam kau tengok ABPBH, Anugerah Skrin....kan memang vogue tu!! tapi aku tak de terfikir pulak yang malam tu akan mendapat sambutan luar biasa...




Lecturer cakap kat kitorang, nanti malam anugerah tu, korang kena pakai tudung warna merah taw! baju tak kisah! aku bukanlah seorang penggemar warna merah...memang tak delah tudung or shawl warna merah...last-last aku pi pasar malam, aku beli je shawl warna merah...baru 10 hengget!! ok lahh tu drp membazir...beli pon sebab nak pakai...housemate aku ada pi beli kat uptown, kat Nilai 3...semangat betoll kitorang niii....





Antara selebriti yang datang malam tu, Kieran HOT FM, Nash, Amin Idris (TV Al-Hijrah), Finaz Yunus (TV Al-Hijrah and lepas tu pengarah FINAS, Setiausaha Kementerian Komunikasi & NC USIM...kemain kau, aku sebut betol betol....

Malam tu biasa lahh kan ada persembahan, lepas tu bagi anugerah, lepas tu persembahan balik...lepas tu bagi anugerah balik....sebenarnya ada 7 kategori je yang dipertandingkan, tapi  apesal aku ase macam lama je nak habisss majlis....Alhamdulillah, USIM dapat jugak anugerah paling popular menerusi filem 'Dompet'...kalau korang nak tengok, boleh search kat You Tube erkkk....tahniah!



Paling meriah bila Nash dok nyanyi lagu femes dia yang dulu dulu tu...tambah lagikkk dengan geng geng ASWARA yang paling banyak menang anugerah..memang bising gileeee dalam stadium...tapi dah memang rezeki korang menang besar! lagipon filem korang memang meletopppp!! ape pon, tahniah sebab hampir semua anugerah korang bolot bawak balikkk!!



Habis je majlis, kitorang ape lagi...sibuk je nak bergamborrrrr sampai lebam! hahahhahaaa...lagipon aku rasa masa ni jerr nak happy happy dengan kengkawan!! masa ni je nak kumpul ramai ramai...masa ni je nak rapatkan ukhuwah..masa ni je nak kumpulkan kenangan sebagai student...masa ni je nak rasa betapa bahagianya hidup kalau ada kawan kawan best macam korang!miahahahhaahhaa









Housemate aku semua satu kos dengan aku...sorang je student bahasa arab....lepas habis majlis, kitorang decided nak pi melantak banyak-banyak...diorang tak de laaa melantak sangat! aku jee yang terlebih melantakkk!! nak buat macam mane, dah lapoorrrrr...makan je laahhhh!






Till then,

XoXo