Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

March 22, 2013

OUTING DI MIDVALLEY


Dah lama tak pergi Midvalley...tapi bila ada orang ajak pergi IT FAIR kat sana, teros nak ikottt sebab dah bosan gilerr dok umah...haruslah aku mengajak housemate aku bersama-sama iaitu wan & ina...mihmihmih...
lepas solat zohor, kitorang terus pergi ke sana...suasana yg agak bosan dalam KTM terus membuatkan kami tertidowww tapi bila dah sampai Kajang, mak aaiiiii ramainya orang nak naik KTM jugakk!! Disebabkan kami menggatal nak duduk kat seat bertiga, terpaksa laa menahan segala bau yang datang dari pendatang-pendatang luar..huh sampaikan aku terpaksa menghidu perfume far away aku dari Kajang sampai ke Midvalley....sangat rimassss...!!!

Dah sampai kat Midvalley tu, aku jalan & jalan sementara menunggu nak jumpa seorang lagi kawan aku yg study kat UM..namanya cik bedah..hahahaha..oh itu bukan nama sebenarnya...!!! full name dia sangat comel dan sedap didengar tahu tak..??? 
*pelik, kenapa aku tulis comell??..
masa aku sampai tu, dia sedang melantak pizza dengan housemate dia kat Pizza Hut sementara aku sedang mencari hadiah yg sesuai sempena ulang tahun kelahiran dia yang ke 21...makin tua dah kawan aku ni...tapi i'm still twenty ok?? hehehehe..
Kesian betoll kat Cik Ana, sebenarnya kitorang planning nak outing beramai-ramai tapi last-last semua diam...jadi aku pon jumpa laa cik bedah ni diam-diam je belakang diorang...hahahahhahha..*gelak jahat















Lepas jumpa je hadiah yang sesuai, *mana boleh cakap hadiah apa aku bagi...aku terus ke Pizza Hut tapi belum sempat nak masuk dah dengar orang menjerit-jerit panggil nama aku....kitorang terlampau excited dapat jumpa sampai aku pon nak ikot terjerit-jerit...kalau ingat balik, malu pulak semua orang tengok aksi kami yang membebel dan bercerita kat situ jugak, macam tak de tempat lain...kot ye pon sabar laa sikit...*membebel kat diri sendiri...last-last kitorang dapat borak sekejap je sampai terlupa nak amik gambar....aku pon dah lupa tujuan asal aku datang sebab nak pergi IT FAIR....

15 minit kemudian, aku pon teros blahhh ke level berapa ntah untuk ke IT FAIR & sebelom masuk haruslah aku mencari kedai yang menjual minuman disebabkan mulut aku tak berhenti bercakap dari tadi...
dahaga glerr habaq ang...!!
aku ni merupakan peminum tegar minuman cool blog..hahhahaa...tapi kat Midvalley ni, aku tak nampak pulak kedai dia...aku pon malas nak pikir panjang.,terus nampak kedai minuman CHATIME: GOOD TEA GOOD TIME...begitulah gamaknya nama dia...aku pon tak tahu minuman macam mana yg dia jual cuma kat gambar tu aku nampak air dengan black pearl je...
ramai gilerr berator & aku pon memilih menu yang berkenan di hati...bagi aku rasa dia sedap sebab semua perisa dia campur dengan tea...tapi confuse sekejap sebab tulisan dia cina...
balik terus search minuman ni halal ke tak..??
kalau tak halal, aku tengok ramai pulak org melayu beli, aku pulak main taram je sebab aku tak jumpa cool blog kesayangan aku tu, dah aku nampak org melayu beratur, aku pon beratur jugak laaa...
kalau nak tahu minuman ni halal ke tak, sila terjah sini 












lepas tu, terus masuk IT FAIR beli kelengkapan laptop...jalan sana, jalan sini sambil makan
 mushroom cheese sausage....
Lepas maghrib, dah laporrr balik & decided nak makan kat Chicken Rice Shop...aku hanya memilih makan Laksa Nyonya & air grass jelly...alhamdulillah habis makan walaupon masa mula-mula nak order tu was-was sebab tengok mangkuk dia besarrr kot....kalau kat umah, mana boleh makan tak habis, nanti abah marah...!! tetibe rindu ummi & abah...kalau balik mid sem ni, boleh laa pergi pilih kain baju raya dengan ummi sampai satu jam pon aku tak puas hati lagi kalau tak berkenan...last-last siap beli, pergi kat kereta tengok abah sedang tidow lena sambil adik-adikku melantak kelapa jelly, aiskrim & segala benda yang ada...ok kalau kakak aku ada, mesti aku tak boleh pilih lama-lama, nanti dia tak nak belanja aku makan secret recipe...hahahaa...






lambatnya nak habis sem 4...assignment makin berlambak-lambak...!!!



February 14, 2013

GILA PREMIUM CARAMEL POPCORN


Cuti semester bakal berakhir...hmmm dah tak de apa aku nak buat kat umah....study muet pon malass tahap gaban....ohhhh macam mana laaa nak dapat band 3 kalau 
macam ni malasnyeeeee......
sekarang ni, tiba-tiba aku meroyan tak tentu pasal...eh bukan hilang anak taw....!!! tiba-tiba je mengidam nak makan popcorn kat Golden Screen Cinema (GSC)...kadang-kadang law pi tengok wayang, mesti aku beli popcorn ni buat habuan masa dalam panggung....suka dengan popcorn ni sebab rasa dia sedap + manis...ase macam ada madu banyak-banyak...kalau dapat makan, macam makan nasi pulak aku mengadap benda ni...ok nampak tak lahapnya aku di situ...hahahha...





Popcorn kat GSC ni dia tak sama dengan pop corn kat pasar malam tu....sekali aku tengok warna dia pon dah menyirap darah aku naik sampai otak nak jugak makan....selalunya aku pergi tengok wayang kat Terminal One....tak de lah selalu sangat...kalau ada movie best tu, memang tengok lah kan....hari tu, try tengok wayang kat Midvalley, mak aiiii tiket mahalnya....sampai terbatal niat aku nak makan popcorn....muehehehe....







 dah nak balik Nilai...update laju-laju sebab nak register course pulak...


February 5, 2013

MENTERNAK LEMAK DENGAN BURGER BAKAR ABANG BURN


Cuti sem bakal berakhir....jadi aku akan memulakan rutin harian sebagai seorang pelajar 
(full time student)--
OHHHH sangat malas nak meneruskan pengajian tapi kalau nak berjaya mestilah belajar tanpa jemu...
Bila dah balik rumah ni, tiba-tiba tekak ni rasa gatal nak makan Burger Bakar Abang Burn....
Kalau uollsss tak kenal lagi dengan burger bakar yang femes ni,
 boleh laa search kat google tu ye...
jangan risau, pak cik Google tu baik, dia sentiasa membantu....
*(ok,dah mula nak merepek tak tentu pasal)..

Aku dapat tahu pasal burger bakar abang burn ni pon daripada kawan aku....nak cerita sikit..hari tu masa study week, abang burn buat laa promosi burger bakar dia tu....setahu aku laaa kan yang paling murah harga dia RM 7.50....tup tup dia buat promosi RM 1---(beef cheese burger) hari tu kat Seremban....apa lagi, melompat-lompat nak pergi....tak delaa buat perangai macam kanak-kanak ribena tu, excited sikit je....

Lepas solat asar, terus ke Seremban sebab takut tak jumpa pulak tempat tu....penat jugak mencari....pusing sana,pusing sini....last-last tanya pak cik kat stesen minyak Shell....punya semangat kalau bab makan....terima kasih pakcik sebab bagitaw kitorang Temiang tu kat mana...dalam jam 6 petang, akhirnya kami sampai ke destinasi....tapi promosi tu kan start jam 10-12 tengah malam je....

So, lepas dah jumpa tempat tu, agak lega sikit sebab rasa macam berbaloi je dari Nilai-Seremban....lagipon, study week yang agak membosankan dengan buku-buku serta nota-nota slide yang kesemuanya memerlukan kesabaran yang tinggi...
(susunan ayat tak berapa betul sebab bengang dengan line yang macam siput sedut--grrrr)

Lepas solat maghrib kat bandar Seremban, kami pon bertolak menuju ke Restoran Maulana kat Taman Pulai Perdana...makan dan lepak sambil menunggu untuk beratur dengan kadar segera....



lepak sekejap di taman...




makin chubby....



cik wan yang serba merah...



ABC special yang aku order...



sementara menunggu burger bakar abg burn, apa kata kita makan roti tisu ni dulu...



pandai betul abg burn buat promotion ni kat fb....



kami berada di jajahan yg ke-7..!!



oppssss....terlampau terang pulak aku edit....



tengah-tengah beratur, sempat lagi snap pic ni....



bye-bye...kami dah nak balik.....!!! haaaaa tengok ni makin malam, makin ramai orang yang beratur semata-mata untuk dapatkan burger beef cheese ni taw...!!!


Masa nak balik tu, masih ramai lagi yang beratur....perghhhh memang terbaik laaa...!!! tepat jam 10.20 malam, kami bertolak pulang dan berhajat untuk singgah di R&R Seremban untuk melantak beef cheese burger beramai-ramai....baru laaa best kan???




aummmmm....sedapnya...!!!



orang suruh makan, sibuk nak posing pulak...:P




  JOM  ramai-ramai like page Burger Bakar Abang Burn