Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

February 14, 2013

HARRY POTTER CELEBRATES 15 YEARS WITH NEW BOOK COVERS


Masa nak bukak emel, tetibe ada berita pasal HARRY POTTER....eh bukan pasal watak utama tu ye..pasal cover buku nya yang sudah berubah wajah 100%...memandangkan aku ni pembaca tegar novel harry potter & jugak penonton setia setiap keluaran ceritanya, maka haruslah aku sensitif sedikit dgn isu-isu sebegini..
Hmmm dari dulu sampai sekarang still je layan Harry Potter...sangat suka dengan watak mereka bertiga...


                      
                     The new 'Sorcerer's Stone' cover (left) and the original (right)

Cover terbaru Harry Potter tu macam menceritakan perjalanan pertama Harry masuk ke dunia yang penuh magik..Nampak tak lelaki yang bertubuh besar tu dan burung hantu tersebut??? Lelaki tersebut bernama Hagrid & of course laa burung hantu salji yang comel tu milik Harry....Hedwig namanya dan warna dia sangat comel (putih salji)...kalau tak percaya, boleh tengok sendiri dalam movie Harry Potter ya...

Bak kata Kazu Kibuishi (the artist behind the New York Times), background tersebut dipilih kerana mereka sedang berjalan di kawasan shopping ahli sihir, Diagon Alley..Di sini lah tempat Harry mendapatkan semua peralatan sekolah termasuklah tongkat saktinya...

  My comments : I love the original ones because the illustrations are on the entire cover. I'm glad I own all the original ones but the new one is pretty cool & fantastic..!!


January 23, 2013

DRAMA TERBARU : SEHANGAT ASMARA



Bermulanya 21/01/2013, drama Sehangat Asmara adaptasi daripada penulis novel terkenal, Aisya Sofea sudah mula ditayangkan di Astro Mustika HD 134 bagi menggantikan drama 
Adam & Hawa yang sememangnya mendapat sambutan hangat..

Drama bersiri sebanyak 33 episod ini mesti mendapat sambutan yang baik daripada peminat-peminat novel...

Drama ini telah dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal tanah air....
Bintang utama mestilah Adi Putra dan Rita Rudaini....Gandingan yang sangat mantap...
Turut membintangi drama ini adalah Shah Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda dan 
Nur Fureena..






SINOPSIS


Kamilia Najwa & Zainal Arief. Cinta pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.



Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.


Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....


















Sape-sape nak link video ni (full episode) boleh laaa download di sini.....

 ~~SELAMAT MENONTON ~~