Aku terpaksa update sekali lagi entry ni walaupun dah update semasa bulan 3 yang lalu...Haaa ni gara-gara kena ceroboh laa ni...So, nak share balik masa aku g Singapore beberapa bulan yang lalu...Huhhh…bestnyerrrr…!!!! Sebab dah lama simpan angan-angan nak melawat negara
luar bersama kawan2…So, tepat jam 12.30 malam, aku bersama dengan Kak Ila, Wan,
Kak Ija dan Yanti bertolak daripada USIM…Kami pergi ke sana di bawah naungan
Mawaddah Travel…Akak senior yang uruskan..Budak2 UKM pun ade jgk.... Penat ahhh
tunggu bas, sampai mengantok aku..!!!! Dahlaa malam tu jalan kaki daripada KK1
ke Akasia.. Semua ni gara2 kena berkumpul kat Central Curry House…So,redha je
laaa…
Tepat jam 4.30 pagi, kami tiba di R&R Gelang Patah, Johor untuk
mandi dan solat Subuh…Tapi, masa tu hujan terlampau lebat, kami terpaksa
menunggu di dalam bas sehingga hujan reda…Alhamdulillah, kira-kira jam 5.30
pagi, hujan mulai reda dan aku mula mengayun langkah menuju ke Musolla. Setelah
siap, kami menikmati breakfast yang disediakan iaitu nasi lemak dan teh
panas…Walaupun tak berselera makan di awal pagi, tapi paksa diri jugak sebab
nanti nak berjalan jauh..banyak tenaga diperlukan..!Kat sini, kami sempat lagi
snap beberapa pic untuk dibuat kenangan…Maklumlaa, first trip kami bersama
kan???
Masih segar di awal pagi....
Banyak tak kitorang makan...???
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan sehingga ke
Imigresen..Adoiii…Penat betul kena beratur panjang2 ni…Lagipon hari Sabtu,
hujung minggu laa katakan…Ramai glerr orang!!!! Setelah siap semua urusan,
tempat pertama yang kami lawati mestilaa Esplanade Park… Sebelum turun dari bas, kami diperkenalkan dengan Encik Rashid iaitu
pemandu pelancong kami sepanjang kami berada di Singapore ni…Orangnya agak
berumur tapi banyak pengalaman dan suka berjenaka…Agak lebar penerangan beliau
tentang Bandar Singapore ni sebelum kami dibenarkan turun…tapi aku kagum
mendengar cerita2 beliau…menarik dan diselitkan bersama lawak jenaka….
Haaa...!!! Ni laa tourist guide kitorang, Encik Rashid....
Yesss…!!!!! Akhirnya, aku dapat juga memijak kaki
kat bumi Singapore ni….moden sungguh negaranya…dahlaaa bersih, satu sampah pon
takde…Bagi aku, Malaysia patut mencontohi negara Singapura dari sudut
kebersihan…Sape setuju dengan pendapat aku>????? Kali ni, Encik Rashid
menerangkan tentang Esplanade Park ni…Selepas itu, kami memulakan beberapa
langkah dan berhenti pada satu papan tanda yang tertulis Indian National Army..dan beliau menceritakan sekali lagi sejarah yang
berkaitan dengan Indian ni…Huhuhu.,..banyak benar ilmunya!!!! Kat sini, banyak
sangat sejarah tentang Esplanade Park ni…ada pusat seni,ada tugu memperingati
orang mati dan lain-lain lagi…Banyak sangat..!!! So, aku nak kongsi serba
sedikit dengan korang…Jauh berjalan ni, banyak pengetahuan kan???
Esplanade Park...
Nampak tak tangan Encik Rashid..??? Masa ni, beliau menjelaskan kat kitorang mengenai sejarah Indian National Army ni....
Esplanade
– Theatres on the Bay adalah
salah satu ikon bagi negara Singapura. Letaknya bersebelahan dengan Patung Singa (Merlion). Ini
adalah salah satu pusat seni yang paling sibuk di dunia dan dibuka secara rasmi
pada 12 Oktober 2002.
Pada tahun
1992, ia terpilih oleh sebuah syarikat yang terdiri daripada perusahaan
tempatan terkenal iaitu DP
Architects (Singapura) dan Michael Wilford & Partners (Inggeris) untuk memulakan pembinaan bangunan pusat
seni tersebut. Untuk mempertahankan perkaitan antara masa lalu dan sekarang,
pusat seni ini akhirnya dinamakan Esplanade – Theatres on the Bay.
Esplanade ini dibina bertujuan untuk dijadikan
pusat seni pertunjukan bagi semua golongan dan program-programnya menjangkau
kepada ragam penonton untuk mendapat sambutan yang luas dan luar biasa. Susunan
programnya mencakupi segala genre termasuk muzik, tarian, teater dan seni
visual dengan fokusnya khusus kepada budaya Asia.
Buat masa sekarang, ikon
ini dengan rangka kembarnya yang unik bernaung di bawah pemerintahan Singapura,
betul2 bersebelahan Marina Bay yang berdekatan Singapore River. Esplanade ini
terdiri daripada dua ruangan besar: sebuah teater dengan 2,000 kerusi dan
Concert Hall dengan 1,600 kerusi serta dilengkapi dengan dua studio yang lebih
kecil, Esplanade Outdoor Theatre dan juga sebuah mall.. Dua kubah yang menjadi
lokasi Teater dan Concert Hall dirancang dengan menggunakan bahan kaca untuk
memberikan kesan yang terbuka. Ia juga bertujuan supaya pusat seni itu tetap
berada dalam keadaan dingin…Untuk memastikan suhu tersebut kekal, lebih
daripada 7,000 keping aluminium digunakan sebagai penahan matahari bersama
dengan rangka penutup yang berlapis dan dipasang pada rangka untuk membentuk
penutup yang menjadikan pusat seni ini sebuah ikon yang amat mempesona di kota
Singapura. Penutup berbentuk duri itu akhirnya menjadi popular berdasarkan buah
kegemaran masyarakat tempatan iaitu durian.
Unik tak penutup bangunan ni??? ada yang cakap macam buah nenas, ada yang cakap macam buah durian,
So, terpulang laaa kat korang tapi aku lebih percaya ia berbentuk durian...
Sebelum aku sampai kat patung merlion tu, kami berjalan di atas jambatan menghadap laut...hmmm aku rasa macam nak snap pic kat setiap sudut yang ada....tapi, terpaksa kurangkan sikit perasaan teruja nak bergambar tu...
Tengok bangunan ni, nampak menarik kan..??? Sebenarnya yang berbentuk macam kapal terbang tu adalah hotel dan kasino....
Aku yang agak teruja...!!! Kat hujung sana tu macam sama dengan Eye On Malaysia...
Masa tengah jalan2..ternampak pulak Fullerton Hotel ni...
Selepas
itu, kami meneruskan perjalanan untuk menuju ke Patung Singa (Merlion)…tempat yang menjadi tumpuan pelancongan…Dari jauh, aku
sudah melihat begitu ramai orang sedang berkunjung ke tempat tersebut tapi tak
sedikit pon semangat aku luntur…Sebab nak jugak sampai kat tempat tu…!!!!
Akhirnya, aku tiba jua..!!!! gembira yang teramat..!!!! Encik Rashid hanya
memberikan kami masa selama 15 minit sahaja sebelum kembali ke bas…So, cepat2
laa kami snap pic untuk dibuat kenangan….
Tengok ni...!! Ramai tak orang yang datang kat patung ni../???
senyum jerr sebab dapat bergambat kat sini...
Besar tak patung merlion ni????
Comel pulak diorang bergambar kat signboard ni...
Happy nye semua orang...!!!
Snap pic kat baby merlion ni pulak...!!!
Waaaa.....lapar aiskrim..!!! Sedap je tengok aiskrim frosbite ni...
Dalam perjalanan pulang ke Esplanade Park tadi, kami sempat lagi mengambil beberapa gambar sebelum meninggalkan tempat ni....Bas sedang menungguuuuuuuu kami di situ......!!!!!!
Bangunan Maybank gah berdiri di tengah2...
Rasa macam musim luruh pulak...
Ni tugu memperingati orang mati...ada laa sejarah dia...
P/S : Bye..Bye....nak naik bas utk sambung trip....So, tunggu next entry part two...!!
No comments:
Post a Comment