July 26, 2012

SINGAPORE : CHINATOWN COMPLEX


Aku nak sambung balik cter aku  yang part two....

Bermula tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Chinatown Complex untuk membeli-belah…Kira-kira 20 minit kemudian, kami tiba di tempat tersebut yang terkenal dengan syurga membeli belah kerana harganya murah…Aku nak kongsi sedikit mengenai kewujudan Chinatown ni…..

Diambil dari Singapore Tourism Board (STB) : Sejarah Chinatown di Singapura bermula dari sekitar tahun 1821, ketika kapal China pertama tiba dari Xiamen, juga propensi Fujian di China. Semua penumpang kapal tersebut adalah lelaki, dan mereka mendirikan rumah di daerah selatan Sungai Singapura, yang kini dikenali dengan nama Telok Ayer. Nama Chinatown di lidah masyarakat setempat  ialah Niu Che Shui (Air Kereta Kerbau) yang merupakan keadaan pada waktu itu, mereka juga perlu mengambil air tawar dari sumur diBukit Ann Siang dan Spring Street dengan menggunakan kereta kerbau.

Namun begitu, tidak semua bahagian di Chinatown didiami oleh penduduk China. Ini disebabkan kewujudan Masjid Al Abrar di Telok Ayer Street serta Masjid Jamae dan Kuil Sri Mariamman di South Bridge Road menjadi saksi yang nyata wujudnya pelbagai agama di Singapura. Selain itu, Chinatown juga dapat dibahagikan kepada empat daerah utama iaitu Kreta Ayer, Telok Ayer, Tanjong Pagar dan Bukit Pasoh yang mempunyai keunikan tersendiri. Pusat aktivitinya terletak di wilayah Trengganu/Smith Streets.



Selamat datang...



Di hadapan Chinatown...



Besar tak tokong ni??? maklumlaa, ni kan kat Chinatown..Of course ramai orang cina kat sini...



Beli...!!!! Beli....!!! Ramainya orang tengah sibuk nak beli baju t-shirt Singapore...



Gambar ni bersinar....paling suka tengok gambar kucing tu..!!!



Berkenan kat patung-patung nie.....!!!!



Try pakai cermin mata ni...Mak aiiiii...!!!! Kuat betol power dia....sakit mata aku...!!



berada di tengah-tengah Chinatown...


Lepas tu, kami kembali semula ke bas dan berkunjung ke tempat lain pula untuk mebeli cenderahati..Tapi, aku lupa pulak nama tempat ni...



Haaa...Pilihlaaaa.....!!! Banyak cenderahati yang dijual kat sini...



Bengkaknyee mata aku....tak cukup tidow ahhhh...




Hmm...suka tengok bunga ros..ada macam-macam warna..!! Geram nak bawa balik..!!




Masa dok snap pic kat pokok limau ni, ada pengunjung dari Vietnam nak tangkap gambar dengan aku pulak...!! So, kami pon bergambar bersama...


P/S : Mata pon dah ngantok..esok pagi, nak bangun sahur pulak..!!! Update laju2..!!!

No comments:

Post a Comment