Sememangnya tarikh 17 Ramadhan tidak asing lagi di kalangan umat Islam....Ini kerana peristiwa Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara berperingkat merupakan sejarah paling berharga bagi umat Islam di seluruh dunia...
Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke- 41 dan Al-Quran adalah mukjizat terbesar bagi Nabi Muhammad S.A.W sekaligus memberi makna yang mendalam kepada semua umat Islam terutamanya yang peka untuk mencari rahsia Al-Quran....
Al-Quran juga merupakan cahaya dan rahmat bagi umat Islam....Segala isi kandungan Al-Quran itu adalah benar dan akan menerangi kehidupan manusia....
Orang-orang kafir berkata:
“Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”,
demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya dengan teratur satu persatu ....
( Surah Al-Furqan : ayat 32 )
P/S : Selamat menyambut Nuzul Quran di bulan Ramadhan yang barakah ini...
No comments:
Post a Comment