Kini, tiba laa masa yang aku nantikan..Universal Studio..!!! I'm coming..!!!!!
Aku pon tak tahu apa yang menarik sangat kat sini, tapi aku yakin ini laa satu2 nya tempat yang paling ramai pengunjung...
Hohoho..besar tak glob biru ni..???
penat betul nak bergambar...
Kalau korang nak tahu, Universal Studio Singapore terletak di kawasan Resort World Sentosa yang dibuka secara rasmi pada tahun 2010. Kalau tak silap aku, ia merupakan universal kedua yang terbesar selepas Jepun memiliki takhta yang pertama.
Masa aku dok jalan2 kat sini, sesekali nak tahu jugak kenapa kanak-kanak suka datang ke sini... Rupa-rupanya Universal ni dibahagikan kepada 7 bahagian... Ada zon Madagascar, The Lost World (dunia dinasour tu..) Ada pulak Istana Far Far Away, istana ni pulak pasal dunia Shrek dan Princess Fiona...kat dalam ni, korang boleh naik Roller Coaster taw...sape2 yang tak takut tu, boleh laa naik...
istana far far away and madagascar...
Tapi aku paling suka Ancient Egypt sebab lebih mencabar...banyak mumia kat sini...kat dalam ni ada roller coaster tapi wanita mengandung dan orang tua tak digalakkan untuk naik...mau tak nyerr,,,cepat kot benda tu dok pusing-pusing..kan jadi pape susah nanti...
Kalau teringin sangat nak cari harta karun ala-ala Indiana Jones tu, boleh laa masuk Treasure Hunter...dapat laa rasa mengembara dengan jeep tu...
Lost World and Ancient Egypt...
Tapi, remaja lebih suka masuk Sci-Fi City...ni pasal transformer laa ni....tapi, dia punyer roller coaster paling dahsyat...Dahlaaa ada 2 jalur berbeza, lepas tu bersambung antara satu sama lain sampaikan boleh bertembung pulak..!!mau rasa nak tercabut jantung ni..!! Rasa macam pergi bertarung dengan makhluk asing pon ada..!!
Bahagian berikutnya adalah zon New York...Sape-sape yang suka kejutan tu boleh laa masuk kat Lights, Camera, Action!
Kalau suka dengan cara pembuatan filem bolehlaa singgah Stage 28....kat sini ada sound stage untuk memproduksi filem...
Zon terakhir adalah Zon Hollywood...bahagian ni ada dekat pintu gerbang keluar masuk...
agak menarik sebab ada monster dengan tajuk Rock n Roll Musical dan ditayangkan di Pantages Hollywood Theatre...
Hollywood Zone and Sci Fi City..pic bawah tu nampak tak roller coaster yang warna biru and merah..??? tu lerr yang paling dahsyat bagi aku...!!
New York Zone...ada karton sesame street and replika watak-watak glamour macam woody woodpecker tuuu..!!!
Rasa-rasanya dah cukup 7 bahagian tu walaupun hanya sedikit yang dapat aku share kat sini...
No comments:
Post a Comment