April 28, 2016

HABISKAN MASA DI TRICK ART MUSEUM, I-CITY


Hai...

Last sem hari tu aku memang nak habiskan masa pi jalan-jalan area Shah Alam. Saje je nak lepas tension, penat ko nak mengadap tesis je manjang! 
Nak pulak aku chapter 4 sume nak kena baiki. masak!

Malam tu saje ngajak housemate pi I-City sebab rasa macam lama dah tak pergi.
Sampai je ingat nak main snow walk tapi tak jadi. Aku pi tu malam minggu, punya lah ramai orang sebab masa tu dah banyak aktiviti menarik boleh buat kat sini.

Aku dengar-dengar I-City dah buka trick art museum. So saje jelah nak try masuk + amik gambo bebanyak. Alang-alang dah bawak nikon kesayangan aku tu, maka sesi bergambo bermula. kekekeke



Dulu aku datang takde pon benda alah ni semua. ada snow walk je. nampaknya i-city dah banyak buat improvement. Motif aku bergambo kat kerengga comel tu sebab teruja ada tong sampah kiut macam ni. nak bawak balik sekor boleh?

Time ni jugak ada show hantu, pontianak bagai. seram makkkk! aku memang tak boleh benda-benda macam ni. trauma! hehehe. terus bawak diri pergi tengok lampu cantik! merelip-relip dengan warna merah, biru, hijo, kuning! pening mak!

Lari lagi pergi usha tiket trick art museum ni. katanya more to lukisan 2D, bukan 3D. alaaaa aku tak kisah berape D uolls buat, janji aku nak masok amik gambo!

Alaaa lupa harga tiket. sorry naaaaa! nak masok sini kena bayor dulu, jangan main redah je uolls! kang kena perhambat, aku tak taw!





aku suka bergambo kat lukisan purba mesir ni sebab selalu berangan nak masuk piramid tapi tak berkesempatan lagi nak pi egypt! InshaAllah akan pergi egypt sebelum kakak aku habis belaja kat sana! nak menikmati keindahan bumi anbiya'!






Kat sini korang boleh acah-acah nak jadi angel ke, bagi zirafah makan ke, nak curi duit ke, acah je uolls! nama lagi pergi muzium acah-acah. hahhaahaha ape punye bahasa lah aku ni.

So far, banyak je lukisan kat sini yang aku tak upload kat entry ni sebab mane boleh upload sume, nanti korang pi, tak surprise la. ye idok?






See, cantik kan sume lukisan kat sini. korang pergi la kalo nak feeling2 bergambo dengan lukisan pelik! Sumpah aku tak tipu korang akan penat sebab terlalu banyak gambo kat sini. Tapi biasa la kalo weekend ramai sikit orang. So nak bergambo tu kadang-kadang kena tunggu turn tapi tak pe, berbaloi weh!

kalo pi shah alam, jangan lupa singgah sini! balik nanti boleh singgah makan abc frado yang femes tu!


No comments:

Post a Comment