April 27, 2016

KOREAN STREET FOOD DI MYEONGDONG CAFE, KOTA BHARU


Hai semua.

Aku suka makan korean food. Korang suka tak? Well, kat Malaysia ni pon dah berlambak-lambak orang jual Korean food. Kalo pi mall, dekat dubu-dubu pon ada kan? 

Tapiiiiii....................

Aku lagi suka yang ni.....haaa meh aku cite! Aku stay kat Kelantan, so dulu takde sangat makanan urban or up-to-date sikit. Well, hari tu adik aku ada ajak aku try makanan korea dekat Myeongdong Street Cafe. lepas tu aku tanya adik aku ,,

"Helloooo ko nak bawak aku makan kat Korea, nanti-nanti laa aku kumpul duit dulu, boleh kite makan kat Myeongdong, Dongdaemon ke hahahhaahah"

"Tak laa, ada kedai korean food depan Tune Hotel kat KB Mall, jom ah try! kawan aku setiap kali balik, mesti dia makan kat sini ngan family dia. Jom ah weh!"



Maka, aku pon bersetuju nak pergi. Masuk je dalam kedai, lagu korea je manjang! yela, takkan nak pasang lagu tamil. hikhikhik...ada sorang staff dia lelaki, aku suka cara dia layan customer, friendly andddd kalo ko tak taw nak makan ape, ko tanya je! Kompem dia jawab.

Sorry, aku lupa nak snap gambo menu. Tapi percaya laaa harga dia murah kebabommm + portion die sangat besar + banyakkkk. Korang sume kalo nak datang sini, sila kosongkan perut dulu, nanti tak habes makan, membazir pulak!

First aku pergi kedai ni, aku order bibimbap. bibimbap ni dia boh sayur banyak. Boleh katakan satu mangkuk tu penuh dengan sayur, kalo ko ni memang jenis vegetarian dan tengah cuba-cuba nak makan sayur, try la!


ni lah rupa jajangmyeon tu (RM 9.90)
nampak sikit tapi portion besorr weh


yang paling kanan tu ada soda, aku minum honey lemon je uolls



raboki beef


Aku ase aku dah pergi kedai ni lebih 10 kali. aku kan sejenis manusia yang suka mentakedarah tapi suka healthy food. So if ko tengah jaga body, boleh laa datang sini. Yang tak suka korean food pon boleh laa try.

Kalo ko tanya ape yang aku paling sukaaaaa, aku pilih black noodles, korean panggil Jajangmyeon.
Aku suka sebab dalam tu ada jagung banyak + daging yang dah siap digrilled.
Lepas tu ko gaul-gaul sampai mi tu warna hitam, perghhhh sedapppp baq ang!
Cuba lah! Cuba cuba cuba!



haaaa yang ni paling bestttt--kimbap rollll


ni lah rupa rice cake, nampak tak menarik tapi sedap baiii

Kalo cakap pasal beverages or minuman pelik-pelik kat sini. Aku suka Korean Pear or Banana Milk.
Aku akan pilih antara dua ni je sebab taste aku yang ni je. Kalo nak try yang lain pon boleh, aku ada try gak yang lain, sedap tu memang tapi still yang dua tu jugak paling aku gemar! Titik! kekekeke

Satu hal lagi aku suka makan rice cake kat sini, kalo nak taw rice cake ni dia letak dalam raboki, yang panjang-panjang ngan kenyal tu rice cake lah tu. Or kalo ketagih sangat rice cake ni, boleh order semangkuk yang ada rice cake je macam adik aku selalu buat. 



korean pear


lunch box


banana milk- rm 4.50


raboki cheese


bibimbap


ramyun bulgogi- rm 7


Last aku pergi hari tu, depa dah ada menu baru. Korean noodles dengan makanan grilled. Tapi yang grill grill tu aku tak try lagi, mungkin kalo nak pergi, kena pi ramai-ramai sambil borak kat situ.

Sambil borak, sambil grill! haaa nak join?



korean noodles


korean mix pizza - sedap gilerr


Korang kalo datang Kelantan, jangan lupa singgah sini. Masya Allah sedap + berbaloi! 
kalo bawak 10 hengget pon dah okay,tapi takde air laa. bagi aku 1 person boleh bajet dalam RM 15 untuk makan + minum. tu pon ada balance lagiiii. pi lah cepat! aku memang suggest korang pi....

Kalo tak jumpa kedai ni, aku tak taw nak cakap laa sebab kedai ni dah ada siap-siap signboard die: MYEONGDONG-KOREAN STREET FOOD! It's Halal!

Korang cari Tune Hotel kat Kb Mall, lepas tu lintas jalan, kedai makan ni betul-betul bertentang mata dengan tune hotel.  Kedai ni jugak sebaris dengan Muhibah Bakery.
Jangan keliru ye awok-awok. 



2 comments:

  1. Bleh bgi lokasi kedai tu??
    Kedai tu mcm restored Mahal ke gerai mcm biasa??

    ReplyDelete