Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

May 7, 2016

FOOD REVIEW : GRILLED BURGER TERBAIK DI BURGERBYTE KOTA BHARU


Hai...

Sorry naa dah dua hari tak update blog tapi takpe, kite dah save dalam draft banyak! tunggu nak update je.
Hmm sape kat sini suka makan burger? Aku berani cakap laa sume orang memang suka makan burger cuma nya antara kerap ngan tak je. Aku bukan laa penggemar burger sangat. ntah laa, ase macam ternak kilo banyak je kalo makan benda alah ni..

Tapi...........

Bile aku dengar pasal BurgerByte, aku tak boleh katakan TIDAKKKK! Sebab daging burger tu digrilled weh.. aku suka makan benda yang digrilled, tak kira lah ayam, daging, sosej, potato, asalkan grill je..



Aku tak pasti burgerbyte ada berapa cawangan kat Malaysia tapi yang aku singgah mesti laa kat burgerbyte kota bharu, okay lokasi nye kat tunjong, kira-kira 400 meter daripada traffic light pasir hor. senang je nak pergi, korang cari jaffar rawas tunjong, burgerbyte ni ada kat belakang jaffar rawas tu. hee senang kan?

First time datang sini, aku suka deko die, kira first impression la. sebab nampak klasik. aku kan suka benda antik! Mula-mula tu aku order oglio olio, ya Allah bila sampai je order, banyak gile beb! memang tak habes aku makan. tapi takpe, aku bawak adik aku. so die laa yang tolong habiskan.. heee jangan membazir taw!

Aku suka taste die sebab aku suka pedas, dan dalam plate tu jugak die bagi chicken patty yang dah digrilled. so why not aku makan laju-laju. hee makan laju-laju tu sebab pedas. tak tahu laa kenapa pedas sikit tapi okay je ngan tekak aku sebab aku suka pedas!




Diingatkan sekali lagi jugak, kalo oder beverages, sila kongsi sebab kalo order juice buah, perghh besor gilo gelas die. aku memang tak order awal-awal sebab aku dah taw, nanti tak habes, so minum yang adik je.

Paling hot kat sini adalah naked burger, ni pilihan ramai okay! kebanyakan yang datang memang akan order naked burger, korang law singgah boleh laa cuba. FYI, selain grilled burgers, kat sini pon ada spaghetti, hot plate, steak, juice jumbo, ice blended, nachos, bola bakar, aneka nasi, hot dogs and banyakkkk lagiii...
Huiii banyak hoiii, kompem tak menyesal lah.



Sorry laa gambar aku blurr sikit sebab aku snap ngan fon je, tapi kat sini aku upload jugak gambo dari burgerbyte kelantan untuk tatapan korang, saje nak suruh korang terliur dan teruja! hahahaha *evil laugh..

Next visit, aku nak try makan nachos dengan nasi montreal.. adik aku suka makan nachos burger,  nachos dengan nachos burger lain taw..jangan tertukor uolls! 

ok pasal service kat sini, aku bagi 9/10. juz nice kerja diorang, tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat. satu hal lagi, kalo ko nak order, kena pi kat kaunter taw, nanti depa catit. sebab kat kaunter ada segala mak nenek jenis menu dan beverages. so make sure lepas sit down, pi kaunter okay untuk order sebab 2x aku visit, memang gituu cara die. so buat jelah asalkan boleh makan. hahaha





Haa terliur tak? kalo terliur pi lah cepat-cepat! kompem korang puas hati! aku recommend sebab aku dah pergi. 2x pulak tu! aku suka pergi waktu petang, tak ramai orang sangat.

Kalo dah sedap, memang akan singgah lagi! eh lupa nak bagitaw, kat sini nak buat besday party pon boleh or nak buat ape-ape event pon, boleh call diorang! 



Ok, for more info dan gmbar-gambar best, klik link kat bawah ye.. 
kebulur tengok gambo ni balik!



instagram: burgerbyte


May 4, 2016

FOOD REVIEW: WESTERN FOOD SEDAP DI AUSTIN STEAK HOUSE, BANGI


Hai uolls..

Korang suka tak makan western food? kalo aku, aku suka! sangat suka dan paling gemar adalah jenis steak or pasta. omputeh sangat aku ni..ngeh ngeh ngeh. well, aku memang penggemar western food tapi tu tak bermakna aku tak suka makanan kampung. aku suka jugak kalo dapat makan ulam, ayam bakar ke, best kan? mane-mane pon sedap.

Kali ni, aku nak share satu port western food sedap kat bangi. heee masa study kat nilai dulu, aku lebih suka makan kat bangi berbanding nilai. maybe sebab lebih banyak pilihan kot tapi gile ko, takde lah hari-hari aku ke bangi. depends on mood jugak and depends pada ongkoss jugak. paham jelah student, sengkek lebihh!

Kat bangi banyak tempat makan yang best-best. sumpah best! tapi bab western food dan kena dengan tekak aku, aku lagi suka makan kat Austin Steak House, Seksyen 7. landmark nye kedai ni dekat dengan red wok. taw tak red wok tu ape? red wok tu tempat makan steamboat paling berbaloi dan tersedaappp!
Kalu korang dari giant bangi, terus je sampai jumpa roundbout, lepas tu amik kiri, straight je sampai jumpa trafic light,tapi jangan pandai-pandai belok kanan. lepas trafic light tu, ko akan nampak kedai koboi-koboi kat atas bukit sebelah kiri, ada nama austin steak house, yelah tu. tapi kalo ko dah sampai red wok, maknanya kena patah balik. faham?


morocco chicken rice-rm 11.90

sizzling steak-rm 16.90

Kenapa aku suka datang sini? First, aku suka makanan kat sini. sedap dan murah! ko bayangkan satu plate spaghetti dalam rm9 macam tu je, dahla portion besar! satu plate boleh share 2 orang. gile murah! kat sini menu paling meletop adalah chicken golden blue, price dalam rm10.90. ramai order chicken golden blue sebab dalam tu ada cheese, bile ko geget je, memang ase cheese tu..muak weh nak habiskan sorang-sorang.

Second, aku suka servis kat sini. setakat aku pergi ni, tak pernah lagi diorang serve menu aku lambat dan tak pernah tertukar. kalo ko pi 10 orang pon, tak pe. wak lek je tunggu turn korang. nanti menu tu akan sampai sekali. best tak? Third, aku suka deco kat sini sebab ala-ala koboi dan macam style inggeris giteww.hee

spaghetii-rm 9.90

sirloin steak- rm14.90

Kalo tanya aku, apa makanan kegemaran aku kat sini, aku pilih black pepper steak + chicken golden blue..
bagi kategori nasi, aku pilih morocco chicken rice. kat sini pon ada serve makanan lain jugak. macam makaroni, single fries, mushroom soup dan ape-ape lah yang sedap!

Bab beverages pulak, ni aku pesan awal-awal. satu gelas air juas buah tu harganye rm4. korang boleh share untuk 2 orang sebab siyes aku cakap, gelas die memang bapak besar! So no worries laa kalo bawak anak-anak datang sini, boleh share-share daripada membazir. lagipon, sharing is caring right? hehehe
aku pilih watermelon lychee (rm4.50) sebab guna dua buah kan. kalo durian belanda pon best! sila lah tengok menu sebaik mungkin, nanti korang rambang mata nak pilih air ape sebab sume sedap dan kaw-kaw. ko paham jela makna kaw-kaw tu.. lagi pekat dan likat. kompem ahh aku jatuh cinta selalu nak makan kat sini sebab depa tak kedekot! hooo

watermelon lychee-rm 4.50
apple- rm 4

black pepper steak-rm 13.90

One more thing, aku boleh habiskan masa lepak kat sini dua jam. sebab? sebab die serve dalam large portion for one person. nak habiskan tu, leh borak-borak dulu ngan geng-geng ko. haa sila lah angkut family ko, bff ko, housemates ko, bf ke, gf ke datang lepak sini. siyes tak menyesal weh!

Penat dok mengunyah fries sebab banyak gile dalam plate, contohnya ko order mix steak, dahla makan daging tu dah kenyang, sekali ada fries banyak. haa termenung weh nak habiskan. tu belum  ko order single fries saje yang dalam basket comel tu, Allah lagi banyakkk! aku pernah order hari tu dengan geng umah.. sumpah termenung nak habiskan! tu pon ramai kawan aku dah surrender siap paksa sorang-sorang buka mulut. yelaa pandai sangat nak order kan? tak baik membazir, nanti jadi kawan syaitanirrojimmm..hahaha

mix steak-rm 16.00


Aku memang dah banyak kali datang sini. pic kat atas ni masa aku lepak ngan bff aku zaman sekolah. sume nak datang sebab aku selalu upload gambo kat austin ni kat IG. sekali aku angkut semua. biar depa rasaaa..
well, ni pendapat peribadi aku dan ikut selera tekak aku. yang tak suka, jangan nak kondem kat sini..sebab ni review ikhlas daripada aku sebagai regular customer diorang. dah balik kelate nih, memang tak pergi dahlaaa..sob sob sob..korang tengok saje ke? cepat singgah kalo datang bangi.


April 27, 2016

KOREAN STREET FOOD DI MYEONGDONG CAFE, KOTA BHARU


Hai semua.

Aku suka makan korean food. Korang suka tak? Well, kat Malaysia ni pon dah berlambak-lambak orang jual Korean food. Kalo pi mall, dekat dubu-dubu pon ada kan? 

Tapiiiiii....................

Aku lagi suka yang ni.....haaa meh aku cite! Aku stay kat Kelantan, so dulu takde sangat makanan urban or up-to-date sikit. Well, hari tu adik aku ada ajak aku try makanan korea dekat Myeongdong Street Cafe. lepas tu aku tanya adik aku ,,

"Helloooo ko nak bawak aku makan kat Korea, nanti-nanti laa aku kumpul duit dulu, boleh kite makan kat Myeongdong, Dongdaemon ke hahahhaahah"

"Tak laa, ada kedai korean food depan Tune Hotel kat KB Mall, jom ah try! kawan aku setiap kali balik, mesti dia makan kat sini ngan family dia. Jom ah weh!"



Maka, aku pon bersetuju nak pergi. Masuk je dalam kedai, lagu korea je manjang! yela, takkan nak pasang lagu tamil. hikhikhik...ada sorang staff dia lelaki, aku suka cara dia layan customer, friendly andddd kalo ko tak taw nak makan ape, ko tanya je! Kompem dia jawab.

Sorry, aku lupa nak snap gambo menu. Tapi percaya laaa harga dia murah kebabommm + portion die sangat besar + banyakkkk. Korang sume kalo nak datang sini, sila kosongkan perut dulu, nanti tak habes makan, membazir pulak!

First aku pergi kedai ni, aku order bibimbap. bibimbap ni dia boh sayur banyak. Boleh katakan satu mangkuk tu penuh dengan sayur, kalo ko ni memang jenis vegetarian dan tengah cuba-cuba nak makan sayur, try la!


ni lah rupa jajangmyeon tu (RM 9.90)
nampak sikit tapi portion besorr weh


yang paling kanan tu ada soda, aku minum honey lemon je uolls



raboki beef


Aku ase aku dah pergi kedai ni lebih 10 kali. aku kan sejenis manusia yang suka mentakedarah tapi suka healthy food. So if ko tengah jaga body, boleh laa datang sini. Yang tak suka korean food pon boleh laa try.

Kalo ko tanya ape yang aku paling sukaaaaa, aku pilih black noodles, korean panggil Jajangmyeon.
Aku suka sebab dalam tu ada jagung banyak + daging yang dah siap digrilled.
Lepas tu ko gaul-gaul sampai mi tu warna hitam, perghhhh sedapppp baq ang!
Cuba lah! Cuba cuba cuba!



haaaa yang ni paling bestttt--kimbap rollll


ni lah rupa rice cake, nampak tak menarik tapi sedap baiii

Kalo cakap pasal beverages or minuman pelik-pelik kat sini. Aku suka Korean Pear or Banana Milk.
Aku akan pilih antara dua ni je sebab taste aku yang ni je. Kalo nak try yang lain pon boleh, aku ada try gak yang lain, sedap tu memang tapi still yang dua tu jugak paling aku gemar! Titik! kekekeke

Satu hal lagi aku suka makan rice cake kat sini, kalo nak taw rice cake ni dia letak dalam raboki, yang panjang-panjang ngan kenyal tu rice cake lah tu. Or kalo ketagih sangat rice cake ni, boleh order semangkuk yang ada rice cake je macam adik aku selalu buat. 



korean pear


lunch box


banana milk- rm 4.50


raboki cheese


bibimbap


ramyun bulgogi- rm 7


Last aku pergi hari tu, depa dah ada menu baru. Korean noodles dengan makanan grilled. Tapi yang grill grill tu aku tak try lagi, mungkin kalo nak pergi, kena pi ramai-ramai sambil borak kat situ.

Sambil borak, sambil grill! haaa nak join?



korean noodles


korean mix pizza - sedap gilerr


Korang kalo datang Kelantan, jangan lupa singgah sini. Masya Allah sedap + berbaloi! 
kalo bawak 10 hengget pon dah okay,tapi takde air laa. bagi aku 1 person boleh bajet dalam RM 15 untuk makan + minum. tu pon ada balance lagiiii. pi lah cepat! aku memang suggest korang pi....

Kalo tak jumpa kedai ni, aku tak taw nak cakap laa sebab kedai ni dah ada siap-siap signboard die: MYEONGDONG-KOREAN STREET FOOD! It's Halal!

Korang cari Tune Hotel kat Kb Mall, lepas tu lintas jalan, kedai makan ni betul-betul bertentang mata dengan tune hotel.  Kedai ni jugak sebaris dengan Muhibah Bakery.
Jangan keliru ye awok-awok.