LE CHOUETTE MACARON : KEK TERLAMPAU CANTIK OLEH WAHDI FARHAD


Hello everyone!

Sebenarnya aku bukanlah seorang penggemar kek ataupun lebih tepat lagi bukan seorang yang jenis taksub dengan berbagai bagai jenis kek....tapi sejak akhir-akhir ni, maybe aku sudah buang tabiat agaknye....mula mula aku tengok ramai sibuk cakap pavlova tu sedap...lepas tu, cakap cupcake tu sedap & comel comel je macam Olaf dalam filem Frozen tu...

maka dengan sesungguh hatinya aku pon mencuba lahhh semua benda alah tu walaupun dalam hati macam terpaksa je! hehehehe tapi dalam terpaksa tu lah, boleh dikatakan hari ni  aku lah peminat pavlova sejati....bahahahahaha....ek celi, aku bukan nak cakap pasal pavlova tapi aku sebenarnya telah jatuh cinta dengan hasil tangan Wahdi Farhad....

Dia bukanlah seorang pelawak tanah air tetapi merupakan owner of Le Chouette Macaron, food stylist & juga cake artist...aku suka benau dok usha instagram dia sambil cuci mata....eh aku bukan usha dia taw! aku usha kek yang dia dah siap decorate...lawa gileeeee hokehhhh!! plus dia pandai combine warna dan decorate kek dia tu sampai hasil dia superbbbbb!! kalau tak caye, cuba usha kat bawah ni pulakkkk!!




Bagi korang yang nak order kek untuk tunang, nikah , birthday, anniversary or ape ape jelah event yang korang nak buat, aku cadangkan sesangat korang tempah laa dengan si Wahdi ni.... & tang ni paling aku terkejut, mula mula aku ingatkan dia ni pompuan! tup tup tup aku sekodeng punya sekodeng, mak aiii lelaki rupanya....apesal cantik sangat hasil kerja kau? aku yang pompuan ni pon belum tentu pandai nak decorate kek macam ni....Omg nangissss!!!



Mula mula aku tengok ramai yang order macaron tower dengan dia sebab ramai cakap rasanya sedap & sesuai sangat utk majlis kawennnn! aku sendiri belom pernah tengok orang decorate kek lawa macam ni....siyess ni wehhh!! biasa aku tengok orang decorate letak patung,letak bunga & paling comel maybe letak reben je kot...mungkin ada kot yang comel tapi kan aku dah cakap yang aku ni bukan penggemar kek, cuma sekarang je dah jadi hantu kek sikit! bukan hantu buat kek! tapi hantu makan kek..aummm!!




untuk bakal bakal pengantin macam aku ni, mungkin dah boleh start survey dan buat preparation kot....eh tapi aku lambat lagi nak kawen....untuk ibu bapa di luar sana yang nak order birthday kek untuk anak dia, si Wahdi ni pon pandai decorate untuk budak budak jugak taw...cakap je nak kek princess ke,nak kek Olaf ke, nak kek Elmo ke, mermaid ke...sume dia pandai buat & decorate taw....






One more thing, si jejaka ni pon amik tempahan utk cupcake, cookies dan macaron... tak semestinya utk kek je...korang nak tanpa kek pon boleh....ape pon bolehhhhhh!! pasal harga, jangan laa tanya aku sebab aku bukan owner dia...korang pi laa whatsapp si Wahdi ni tapi setahu aku harga dia tak de laahhhh sampai beribu ribu hokeyyyyhhhh!! kalau dalam dua tiga ratus tu, bagi aku dah standard sgt dengan zaman serba moden ni...ape ape hal pon, korang contact laa Wahdi sendiri ekkk...


aku suka makan kek red velvet & rainbow...kalau chocolate cake pon sedap jugakkkk!! tapi tapi tapi aku suka gila bila tengok si Wahdi ni decorate cupcake dia guna warna pink....omg aku ni dah lerr gila pink plus dia buat gambar hello kitty pulak kat macarons tu....ape hal wehhh kau punya cupcake cantik sangatttt??

tambah lagi kalau korang nak tempah macarons saje saje pon bolehhh...selalunya yang aku tengok orang dok jual macaron kosong je...maksud aku, warna dia just satu kaler je tapi berlainan pulak dengan si Wahdi ni...dia punya macaron siap boleh decorate jadi minion laaa, jadi bentuk kucing laa, jadi patung, kalau nak corak leopard pon boleh...macam macam corak laahhh dia boleh buat...aku dah tengok macaron dia warna pink corak leopard....comellll gileeeee !!!! 






semua pichaaaa ni aku amik daripada Wahdi punya page kat fb....pic kredit to
aku harap lepas korang dah baca entry ni, boleh laa ramai ramai like page si Wahdi ni & jangan lupa follow dia kat insta okeyhhh?? lagipon, dekat insta dia lagi kebabom dia punya gambar!!!

pic last utk korang...


 for more information, pleaseee click link kat bawah ni ea...

 Personal fb : Wahdi-Farhad-Hadithon
 Fan page fb : Le-Chouette-Macaron
 Instagram : wahdi_farhad (search sendiri ye)


3 comments:

  1. awaaak, dh daftar belummm yang SBB , jommm cepat cepat daftar sebab nak tutup dahh registration dah penuh :') nanti bole pegi sekali.

    ReplyDelete
  2. eh! dah nak tutup ke?? cepatnya lahaiiii

    ReplyDelete
  3. Sis dia post tak? Ke kena pergi ambik sendiri eh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...