March 22, 2013

OUTING DI MIDVALLEY


Dah lama tak pergi Midvalley...tapi bila ada orang ajak pergi IT FAIR kat sana, teros nak ikottt sebab dah bosan gilerr dok umah...haruslah aku mengajak housemate aku bersama-sama iaitu wan & ina...mihmihmih...
lepas solat zohor, kitorang terus pergi ke sana...suasana yg agak bosan dalam KTM terus membuatkan kami tertidowww tapi bila dah sampai Kajang, mak aaiiiii ramainya orang nak naik KTM jugakk!! Disebabkan kami menggatal nak duduk kat seat bertiga, terpaksa laa menahan segala bau yang datang dari pendatang-pendatang luar..huh sampaikan aku terpaksa menghidu perfume far away aku dari Kajang sampai ke Midvalley....sangat rimassss...!!!

Dah sampai kat Midvalley tu, aku jalan & jalan sementara menunggu nak jumpa seorang lagi kawan aku yg study kat UM..namanya cik bedah..hahahaha..oh itu bukan nama sebenarnya...!!! full name dia sangat comel dan sedap didengar tahu tak..??? 
*pelik, kenapa aku tulis comell??..
masa aku sampai tu, dia sedang melantak pizza dengan housemate dia kat Pizza Hut sementara aku sedang mencari hadiah yg sesuai sempena ulang tahun kelahiran dia yang ke 21...makin tua dah kawan aku ni...tapi i'm still twenty ok?? hehehehe..
Kesian betoll kat Cik Ana, sebenarnya kitorang planning nak outing beramai-ramai tapi last-last semua diam...jadi aku pon jumpa laa cik bedah ni diam-diam je belakang diorang...hahahahhahha..*gelak jahat















Lepas jumpa je hadiah yang sesuai, *mana boleh cakap hadiah apa aku bagi...aku terus ke Pizza Hut tapi belum sempat nak masuk dah dengar orang menjerit-jerit panggil nama aku....kitorang terlampau excited dapat jumpa sampai aku pon nak ikot terjerit-jerit...kalau ingat balik, malu pulak semua orang tengok aksi kami yang membebel dan bercerita kat situ jugak, macam tak de tempat lain...kot ye pon sabar laa sikit...*membebel kat diri sendiri...last-last kitorang dapat borak sekejap je sampai terlupa nak amik gambar....aku pon dah lupa tujuan asal aku datang sebab nak pergi IT FAIR....

15 minit kemudian, aku pon teros blahhh ke level berapa ntah untuk ke IT FAIR & sebelom masuk haruslah aku mencari kedai yang menjual minuman disebabkan mulut aku tak berhenti bercakap dari tadi...
dahaga glerr habaq ang...!!
aku ni merupakan peminum tegar minuman cool blog..hahhahaa...tapi kat Midvalley ni, aku tak nampak pulak kedai dia...aku pon malas nak pikir panjang.,terus nampak kedai minuman CHATIME: GOOD TEA GOOD TIME...begitulah gamaknya nama dia...aku pon tak tahu minuman macam mana yg dia jual cuma kat gambar tu aku nampak air dengan black pearl je...
ramai gilerr berator & aku pon memilih menu yang berkenan di hati...bagi aku rasa dia sedap sebab semua perisa dia campur dengan tea...tapi confuse sekejap sebab tulisan dia cina...
balik terus search minuman ni halal ke tak..??
kalau tak halal, aku tengok ramai pulak org melayu beli, aku pulak main taram je sebab aku tak jumpa cool blog kesayangan aku tu, dah aku nampak org melayu beratur, aku pon beratur jugak laaa...
kalau nak tahu minuman ni halal ke tak, sila terjah sini 












lepas tu, terus masuk IT FAIR beli kelengkapan laptop...jalan sana, jalan sini sambil makan
 mushroom cheese sausage....
Lepas maghrib, dah laporrr balik & decided nak makan kat Chicken Rice Shop...aku hanya memilih makan Laksa Nyonya & air grass jelly...alhamdulillah habis makan walaupon masa mula-mula nak order tu was-was sebab tengok mangkuk dia besarrr kot....kalau kat umah, mana boleh makan tak habis, nanti abah marah...!! tetibe rindu ummi & abah...kalau balik mid sem ni, boleh laa pergi pilih kain baju raya dengan ummi sampai satu jam pon aku tak puas hati lagi kalau tak berkenan...last-last siap beli, pergi kat kereta tengok abah sedang tidow lena sambil adik-adikku melantak kelapa jelly, aiskrim & segala benda yang ada...ok kalau kakak aku ada, mesti aku tak boleh pilih lama-lama, nanti dia tak nak belanja aku makan secret recipe...hahahaa...






lambatnya nak habis sem 4...assignment makin berlambak-lambak...!!!



No comments:

Post a Comment