SINGAPORE : MASJID SULTAN & BUGIS STREET

Sambung lagi citer...


Setelah hampir satu jam kami di sini, kami kembali semula ke bas atas arahan Encik Rashid kerana masa untuk menunaikan solat zohor hampir tiba. Sepanjang perjalanan ke masjid, aku melihat panorama Bandar Singapura…Begitu banyak shopping complex yang terdapat di sini dan juga bangunan bersejarah.

Untuk pengetahuan korang jugak, rakyatnya digalakkan menggunakan pengangkutan awam...diorang akan menggunakan kenderaan sendiri apabila hari minggu je..ni untuk mengurangkan pencemaran...


(1)


(2)


(3)

>>> (1. 2. 3)--gambar bas tu sume aku snap masa dok atas bas lagi...on da way ke masjid...suka gambar bas yg no.2...

Selepas itu, kami tiba di Masjid Sultan Singapura untuk menunaikan solat. Di sini juga terdapat beberapa buah kedai cenderemata, kedai kain dan juga restoran untuk menjamu selera. Kami juga sempat untuk makan tengahari di sini kerana di sini terdapat makanan halal.

Sewaktu aku melangkah ke dalam masjid ini, ternyata ia merupakan masjid yang sungguh besar dan bersih…Di dalam masjid ini juga terdapat papan kenyataan yang menceritakan sejarah masjid tersebut…


Jom solat..!!!


masjid ni masih lagi dalam pembinaan....


Tepat jam 3 petang, kami memulakan perjalanan ke Bugis Street….Sepanjang perjalanan, aku sempat laa snap beberapa pic yang menarik perhatian aku sebelum sampai ke destinasi. 

Bugis Street
 merupakan tempat yang penuh dengan pelbagai barangan, makanan, cenderamata, dan lain-lain lagi. Harganya pula amat berpatutan…Di sini, tiada makanan halal yang dijual melainkan buah-buahan…Hmmmm harga segelas air pun 1 dolar…Kalau korang nak tahu, 1 Dolar Singapura berharga RM 2.50….Mahal kan???? Kalau di Malaysia, segelas air hanya RM1… Kata orang, kalau berkunjung ke Singapura, jangan lupa singgah kat sini..Aku pon nak tahu jugak laa apa yang istimewa sangat kat sini.




Hmm....ni laa duit Singapore...



Besar tak roti ni???



Hmmm...susah nak cari makanan halal kat sini...

Bercerita mengenai Bugis Street, kita akan menemui latar belakang sejarah yang cukup panjang dan unik.  Sepanjang aku berjalan melintasi kebanyakan kedai yang menjual, rupa-rupanya  kedai di sini banyak yang  bercirikan kanopi besar berwarna merah dengan layar elektronik besar di atasnya. Pada awalnya Bugis Street kelihatan seperti tempat biasa, tidak lebih seperti pasar tradisional yang menjual barang dengan harga murah tidak kira pakaian, kasut, beg, aksesori, makanan dan cenderamata berjenama Singapura. Tidak ada apapun yang istimewa yang dapat aku lihat melalui deretan kedai. Aku berjalan sekadar untuk melihat bagaimana kawasan ini dapat menarik perhatian pengunjung. Jalan di kawasan ini mempunyai ruang yang agak sempit..Namun begitu, pada akhirnya aku mendapat sedikit cerita mengenai urban development yang unik di sebalik sejarah Bugis Street. Ia juga seiring dengan perkembangan kota Singapura yang pesat membangun dan akhirnya mendapat daya tarikan pelancongan negara ini.



Welcome...!!Welcome...!!!

Bugis Street juga sangat popular di kalangan pelancong luar negara dan selalu menjadi pusat membeli belah terbesar dari tahun ke tahun. Lokasi Bugis Street yang sangat strategik amat bersesuaian dengan kehendak pelancong  yang masuk ke Singapura dengan menaiki feri melalui Marina Bay dan merentasi  Bandar Changi termasuk bas pelancongan dari Malaysia yang berhenti di sini. Tambahan pula, penggunaan pengangkutan awam yang sangat selesa juga merupakan faktor kawasan ini menjadi tumpuan untuk berbelanja. Kawasan ini juga dapat dikunjungi dengan berjalan kaki dari Chinatown, Orchard Road, Clark Quay, Little India dan Kampung Glam.


comelnyee anak dara ni senyum..hehehe...!!


Suka topi ni....tapi tak beli pon...!!


Wan yang agak excited dapat snap pic kat sini...


Yanti dan Kak Ila suka bergambar kat beg-beg yang pelik ni...



Pic last yang aku snap sebelum baik bas.....Bye2 Bugis Street...

P/S : nak update cepat2..esok hari yang bermakna...!!!

4 comments:

  1. waaa bestnya pergi singapore >__<

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmm.....best laa jugak walaupon 1 hari...jom laa pergi...

      Delete
  2. bess..saya blom penah p singapore lg hehhe..dok p johor jek...i'Allah singapore in my travel list... :P

    ReplyDelete
  3. alaaaa..kalauu dok d johor tu..dah dekat laa tu dgn singapore....nanti jalan2 laa kat sana kalau ada peluang....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...