November 5, 2013

JOM SAMA-SAMA MERIAHKAN KONSERT AMAL FOR RABIA


Hai semua!

Aku sebenarnya tak de apa pon nak tulis...tapi disebabkan ada sedikit perasaan tanggungjawab sebagai seorang student mass communication, maka aku perlu lah sentiasa meng'alert'kan diri dengan keadaan semasa walaupon aku sebenarnya bukan jenis yang rajin untuk membaca newspaper setiap hari....

Pernah dengar perkataan RABIA? Aku rasa memang ramai sangat yang dah pernah dengar perkataan ni & kalau nak bergamborr sekarang pon sibuk je nak buat simbol RABIA tu kannn?



Aku tahu ramai yang bersimpati & ramai jugak yang nak hulurkan bantuan....tapi kadang-kadang kerana sikap kita yang sentiasa endah tak endah menyebabkan kita tak pernah bagi sumbangan apa pon untuk membantu mereka....am I right? 


So, aku nak jemput korang semua or sape-sape je yang terbaca entry aku ni, jom sama-sama kita meriahkan Konsert Amal for Rabia....Apa kata korang tunjukkan kepekaan & keprihatinan korang terhadap pergolakan yang berlaku di Mesir, Palestin, Rohingya & Syria....tak nak tunjuk banyak pon, tunjuk sikit pon jadilah ek?


Tapi,aku sarankan sesangaattttt kita sebagai umat Islam ni prihatin laaa sikit dengan krisis yang melanda umat Islam negara lain...nak mengharapkan diri kita berjihad kat sana macam mimpi pulak kan? memang semua orang bagi tembakan doa setiap kali lepas solat, tapi......banyak pulak aku membebel.....


tapi cuba korang bagi sumbangan dalam bentuk wang ringgit...kita tak tahu wang yang kita salurkan tu,silap-silap dapat bagi diorang makanan ke, pakaian ke....korang fikirlah dengan duit yang korang derma tu & kalau insan yang dalam kesusahan tu mampu teruskan hidup berpunca daripada sumbangan kita, Allah limpahkan pahala berkali ganda tahu?


So tak rugi pon kalau menderma kan? Semakin banyak kita memberi, semakin banyak juga kita menerima even tak dapat wang ringgit pon, mungkin Allah bagi ketenangan hati, anak soleh...Rezeki Allah kan luas....


























Konsert ni di bawah anjuran Pelajar Komunikasi USIM...dengan kerjasama TV Al-Hijrah,Aman Palestin & lain-lain...aku tak mampu nak sebut semua sebab aku bukan di bahagian sponsor....hahahaha...Turut sama memeriahkan konsert adalah selebriti terkenal tanah air....memang gempakkk abis....!!nampak tak muka sape yang datang konsert...kalau tak nampak, cam laaa tu memang korang kena support
 & datang konsert ni....!!

Meh sini aku perkenalkan artis mane yang join konsert ni :





BIENDA

Dulu lagu-lagu dia kerap jugak dimainkan di setiap corong radio & TV....tapi lepas kawenn ni, senyap je kan....? if korang rindu sangat nak tengok dia & dengar suara dia, sila hadir pada malam tersebut..heeee







YATT HAMZAH

Teruja sangat aku sampai letak dua keping gambar dia....sape tak kenal kan dengan artis yang baru berhijab ni, muka dia pon dah kerap masuk majalah & sibuk penuhi jemputan sana-sini...Info terbaru, beliau baru je habis fashion show dengan Moslema in Style... kalau tak silap aku,3 hari lepas di PWTC....sape yang teruja macam aku jugak, boleh beli tiket dengan segera...kang abis, jangan salahkan aku pulak!





HELIZA HELMI

Si cantik manis bermata bulat ni, makin menjadi rebutan...Selain menjadi duta Cool Blog, beliau juga turut aktif dalam konsert amal...kalau nak jumpa dia depan-depan,jangan ragu-ragu....Book your ticket now!






HAFIZ HAMIDUN

Bekas anggota kumpulan UNIC ni masih lagi bergerak solo... beliau juga sangat popular dengan album Zikir Terapi Diri pada tahun 2011 andddddd kalau korang teringin sangatttt nak bertemu empat mata dengan pemilik syarikat produksi Arteffects International ni, segera laaa beli tiket ya...





ARDI HERMAN

Nama yang semakin melonjak naik....Beliau merupakan penyampai berita di TV Al-Hijrah dan merupakan seorang adik kepada Pengacara Popular TV 3, Ally Iskandar....sape nak berjumpa dengan jejaka tampan ni,sila inform kite laju-laju....




SHAM KAMIKAZE

Merupakan seorang pemuzik & komposer lagu, nama Shamril Mohamed Salleh atau lebih popular sebagai Sham Kamikaze kini semakin diterima oleh masyarakat apabila beliau tampil berubah dengan imej baru...Buat warga Usim, beliau tidak dapat hadir ketika di ICEPS tempoh hari, apa kata korang dengar dia menyanyi semasa konsert amal ni berlangsung...jangan lupa beli tiket ye!!





AZHARY

Mungkin dalam ramai-ramai selebriti, nama dia kurang menyerlah....tapi kalau korang nak tahu beliau merupakan penyanyi bagi lagu tema Kembara Tabung Haji bersama Ustaz Don yang disiarkan di TV Al-Hijrah....sedap kan suara dia? aku pernah jumpa dia, tak delahh borak depan-depan tapi pernah dengar dia menyanyi secara live masa Majlis Talk Syria sem lepas.....Dulu dia pernah bekerja dengan Astro Oasis tapi sekarang bekerja dengan 
TV Al-Hijrah...aku berani jamin korang tak kan menyesal bila dengar suara dia nanti....

nak tahu lebih lanjut mengenai beliau, boleh klik sini http://www.nasyidkini.com.my/







 Kalau nak beli tiket, boleh hubungi :

ATHIRAH HUDA : 013 6685464 
SAIFUL AZMI : 014 5232126  



Jom like page Konsert Amal For Rabia & kalau nak beli tiket secara online, 
boleh PM diorang di fb...

"SUPPORT DARI ANDA AMAT BERMAKNA UNTUK SEMUA"


No comments:

Post a Comment