POST CONVO PHOTOSHOOT: TAMAN SAUJANA HIJAU, PRESINT 11 PUTRAJAYA


Hai....

Lepas convocation day, aku terus bawak family aku round-round KL.. 
pi IOI je pon..hehehee 
Then, esoknya aku terus balik Kelantan. memang tak menyempatnye nak shoot post convo dengan kawan-kawan. Elok-elok je aku stay kat umah 2 hari, terus pi KL semula. gila tak kerja aku? 

Naseb tak kawen lagi, boleh laa sumenya on da spot! kalo kawen, ada laki,ko ingat boleh je main redah? aku pi KL semula sebab nak setel kan urusan MARA aku, sebab aku nak tukar alamat dan mohon MARA kurangkan pinjaman aku. entah ada rezeki ke tak! Tengok laa nanti sampai surat, banyak mane aku kena bayar.

Selamat la kan kawan aku ada kerja kat Nilai, so boleh laa tumpang tido umah dia 2,3 hari. Disebabkan jubah konvo pon depa-depa ni tak hantor lagi, depa ajak aku pi shoot lagi. Post convo katakannnn! hiksss

Masalahnya jubah aku dah selamat dihantorr. Tak dapat nak ngeshoot laa deknon. Nasib baik jugak ada jubah housemate. So aku rembat yang tu jelah.



Plan kali ni kami ngeshoot dekat Taman Saujana Hijau, Presint 11. Orang kata kat sini pre wedding shoot Che Ta. Ntah ye ntah tak sebab aku tak tahu pon pasal artis-artis nak shoot. Ko punye pasal laa nak shoot kat Malaysia ke, Paris ke, tak de kaitan.

Masa aku sampai sini, tak de orang pon sebab aku shoot lepas Zohor. gigih ko nak pi shoot waktu matahari atas kepala ni. Tapi masa tu rezeki kot sebab panas kejap je. Lepas tu mendung! Sape tak suka weh?





Yang aku boleh cakap, taman ni luas gile. Kalo nak datang jogging memang puas hati. Cukup satu round pon dah boleh kurus. kehkehkeh.. Hmm tapi tu laa penat weh nak turun bukit naik bukit.

So far, aku suka sebab kat sini banyak pokok peak. Alaa macam pokok krismas tu, pokok tu tinggi-tinggi dan nampak hijoooo je! Mujo tak mak ko hijooo..hahhahahaha




Disebabkan tak ramai orang, so boleh laa kami jelajah taman ni puas-puas. Yang aku nampak ada lah 2, 3 ketol budak usim dok shoot sekali sebab waktu macam ni takde family nak bawak anak kecik jalan-jalan dan takde orang nak jogging pon masa ni. Best sikit laa nak shoot takde gangguan ni..hehehe




See ko nampak tak surrounding die memang cantik! Memang mendamaikan jiwa! Memang tenang dan mesra alam! hohoho tapi tu laaa kalau panas lit lit memang tak tahan nak pusing taman ni. Alhamdulillah cuaca ok masa aku pergi shoot. Tu yang siap boleh baring atas rumput. hehehe




Gigih tak bawak macam-macam props nak shoot. Teddy bear pon ada. Ko ape taw hati perempuan. 
Kawan aku ni lah bawak buku bagai, acah-acah rajin nak membaca pulak. 

Mungkin gambor-gambo shoot kitorang tak hipster pon tapi aku tak kesah pon asalkan ada memori + gambar untuk dikenang. Masa shoot ni pon, aku suruh teman rapat aku yang tolong amikkan gambo. 


Nak balik dah sebab dah asar pon. tak de lah lama sangat shoot, dalam 3 jam macam tu sebab kitorang shoot sambil lepak. Masa kitorang nak balik tu, fuhhh berduyun orang datang nak jogging, family bawak anak kecik, orang nak shoot kawen pon ada. Ramai gak laaa, dalam 5 pasangan macam tu.

Kitorang hora horey sebab dah setel shoot. Kan aku dah kata kalo nak datang sini, timing kena sesuai bro! kalo tak kirim salam je kat pokok peak tu.

Nak pergi, waze je Taman Saujana Hijau, Presint 11. Nak parking tu kena masuk dalam sikit sebab taman ni terselindung. Jangan pelik, memang terselindung. Tapi ko kena parking kat bawah je, lepas tu selamat mendaki bukit uolls! hihihihi...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...