TRIP KE BUKIT TINGGI : JAPANESE VILLAGE


Hai semua...

Awal sem 7 adalah sem terakhir aku kat usim, sebab aku nak sambung praktikal kat Kelantan..hehehe
So, aku ajak laa bff aku kuar jenjalan pi Bukit Tinggi.

Tujuan utama aku nak pergi Bukit Tinggi sebab aku geram nak kejar rusa. Katanya kat sana banyak rusa comel. Rabbit pon ada.hehehe

Yang tak tahu nak pergi tu, search je Berjaya Hills Resort. Follow je GPS tu, bagi aku jalan dia senang sangat. Lepas Plaza Tol Gombak, korang pi straight je sampai nampak signboard tulis Berjaya Hills Resort.
Then, boleh laa naik bukit setinggi mungkin. Make sure kenderaan korang dalam keadaan baik. Kalo boleh service dulu pon tak pe.

Aku tak pasang econ pon masa naik bukit tu, lagi suka angin dari luar menyapa-nyapa muka ni haaa.. terasa lembut dan best je! So, tak syokkk r nak pasang econ bagai, dah nama nak pi tempat tinggi-tinggi kan?

Tempat pertama yang aku tuju adalah Japanese Village. Aku suka view kat sini sebab penuh dengan bunga dan pokok-pokok yang menghijau.hehehe.. Perasaan aku masa sampai sini of course laa penat gile kot naik bukit nak sampai tempat ni. sangat penat! Rasa nak tercabut lutut aku sebab lenguh. Korang jangan ngengade nak datang sini pakai wedges or heel. tak dapekkk gua nak nolong kalu heel ko tersepit celah-celah konkrit jalan tu..
sebab jalan kat sini tak sekata!

Tapi okay gak laa kalo penat, boleh berhenti lepak kat tepi-tepi
 tu sambil tengok view kat bawah pulak. baru ko tahu gayat ke tidok engko ni. oh ya, nak naik sini kena jalan kaki taw! keta sume kena parking kat bawah. no trasnsportation okay?




Aku pergi Botanical Garden dulu, baru pi Japanese Village. Well, aku sampai agak pagi jugak laa kot sebab dah taw kalo weekend mesti ramai orang dan sebab aku tahu jugak kalo nak pergi Japanese Village ni kena naik bukit, maka aku tak nak pergi tengahari. masakkk ahh nak daki bukit waktu panas merelip.

Baik ko pi waktu pagi, boleh jalan sambil jogging, udara pon okay lagi masa ni. sejuk sejuk ada kabus giteww.heeee




Sampai je kat Japanese Village, wahhhhh cantik gile kot! ada ikan, ada rumah jepun! Korang kalo datang sini cer try pakai kimono. alaaa aku lupa laa harga sewa die berapa. Saiz kanak-kanak pon ada dalam umo 3 tahun ke atas kot. baby takde rasanye. 

Tapi aku tak sewa pon sebab lepas ni aku nak turun bawah pi colmar. Masa ni berebut gak laa tunggu turn nak amik gambo kat rumah jepun tu sebab dah pukul 10 pagi. Menyempat jugak laaa aku posing sambil lepak-lepak tengok air terjun mini kat sini. So cool baby! hahahhaa




Hmmm ingat nak usha harga spa kat sini, sekali pergi tutup daaa. takde rezeki nampaknya.
takpe lahhh jalan-jalan je tengok pokok-pokok. So korang kalo nak hilangkan stress ke, datang lah sini tengok ikan, tengok pokok-pokok hijau. Aku datang sebagai terapi diri sebelum mulakan projek thesis aku yang berterabur tuuuuu...lol




Nak balik dah pon sempat lagi menyinggah betulkan tudung. Ko ape taw peel perempuan kalo jumpa cermin. tak kira tempat, tak kira masa. hehehe

Waktu nak turun bukit paling best.. laju je turun sampai tak leh nak kawal diri. hahahha..waktu ni aku siap gelak-gelak lagiii ngan bff aku sambil bertanding sape paling cepat sampai kat bawah. hihihihi


Ok baii nak pergi colmar pulak! nanti kite sambung entry ni..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...