TRIP KE BUKIT TINGGI : COLMAR TROPICALE


Hai...

Haa kite sambung entry pi bukit tinggi hari tu. yang tak baca lagi, boleh klik SINI

Okay, masa on da way ke colmar tropicale dari japanese village, aku banyak tengok pemandangan kat sini, penuh dengan pokok-pokok hijau, tenang dan damai je... takde langsung benda-benda tercemar kat tepi jalan ni. syiokk kan??

Part paling best, masa aku tengok ada orang nak main climbing rock! nak singgah tapi ramai orang, lagipon aku ni penakut! mampu tengok je lah. takde maknanya aku nak panjat-panjat, tambah-tambah lagi kasut aku ada tumit sedikit, memang tak lepas syarat laa weh! hehehe



See, dah sampai pon colmar. tiket nak masuk ke sini RM 12 per person. tapi berbaloi sebab kat sini korang boleh tengok bangunan ala-ala perancis. Macam kat oversea yawwww! suke suke..

Aku sampai-sampai je,aku berlari-lari dengan kawan aku. hehehe. sebab over excited! ko ape taw perempuan kalo die teruja, peel die lain macam..lol

Mula-mula aku sibok amik gambo kat bridge, kat bunga, kat air pancut sebab rasa sume benda kat sini cantik! amik laa gambo background ape pon. mesti kebabom punyer. kalo ko tak caye, ko try laa sampai sini. budak-budak uia ramai je aku jumpa yang geng-geng laki datang berjimba kat sini. depa pon excited, aku apatah lagi! asyik berlari jeee..hahhahaha





Part paling aku suka ni, ada burung swan. perghh nampak kot kaki die dok kayuh-kayuh. teringin nak dukung tapi takut! eh aku kalo jumpa ayam pon aku dukung. apatah lagi kalo aku jumpa swan comel ni... lagi laa meronta-ronta nak dukung! 

Kat sini pon ada swan hitam. kawan aku suka main dengan swan hitam. aku suka warna putih. of kos laaa aku pilih swan putih. lama gile aku duduk kat sini sebab aku suka tengok haiwan. aku memang suka sangat! sebab tu jangan bawak aku pergi zoo. aku boleh habiskan berejam-rejam dalam zoo. tak caye try bawak aku! hihihi. korang suka tak main dengan binatang?






Korang kalo datang sini, spent laa time lama sikit. macam aku dah penat daki bukit tadi kat japanese village, aku rehat-rehat je kat sini. kebetulan ada kerusi urut kat ruang rehat. heeee... kat sini pon toilet die cantik dan bersih. so, jangan isau! 

Pasal harga bilik semua, aku tak tahu sebab aku tak datang kat sini untuk bermalam. makanan kat sini pon boleh tahan cekikk! maklumlaa tempat gini ko..nak datang sini, make sure korang bekpes awal-awal okay?

Aku suka design bangunan kat sini, perghhh kalo dapat photoshoot ni, lawa beb! sebab tu laa ada sesetengah butik, depa buat outdoor shoot kat sini, feeling-feeling kat France gitewww.. hihi





Kebetulan masa aku nak balik, depa bertiga ni tengah mainkan lagu..menghiburkan hati pengunjung gamaknye! depa pon sporting bile aku request nak amik gambo. lagu pon ala-ala klasik, sesuai laa dengan persekitaran kat sini.

Nanti esok aku sambung entry pi animal park pulak.. 

till then, xoxo



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...