TRIP KE BUKIT TINGGI : ANIMAL PARK


Hai semua..

tak habis-habis lagi pasal pi Bukit Tinggi.. apelah! Okay lepas dah puas meround kat colmar, aku turun pi animal park. Haa yang ni laa paling aku nantikan sebab aku dah bajet kalo nak datang sini, aku nak spent time selama yang mungkin kat sini. satu hal lagi sebab aku excited nak pegang rusa. lol

Hmm kawan aku parking keta je, aku terus berlari-lari bayar harga tiket. nampak sangat tu teruja habes. malu kat budak je. aku lupa laa tiket harga berape tapi aku rase dalam 3 hengget je, lepas tu aku siap beli makanan rabbit sebab memang nak rabbit makan kat tangan aku. huiii bestnye!

Mula-mula aku pi kat rusa tapi cehh bile sampai je aku takot. bukan takut ape, cuak nak sentuh sebab tak pernah pegang. hmm kawan aku sorang lagi siap peluk-peluk lagi, hampeh! aku nak sentuh sikit pon punya istighfar, padahal tak de ape pon. 




See nampak tak aku masih takut-takut. tapi syokkk boleh tengok depan-depan. rupa-rupanya depa ni jinak je, cuma korang kena pandai arr pujuk-pujuk depa ni. kawan aku suka pegang tanduk tapi akuuu tak kuasa lagi nak buat. hee tapi lama-lama aku makin berani weh! siap main kejar-kejar lagi dengan rusa. syok weh syokk. die kejar aku, aku kejar die. aci lah kan nak datang sini kena main puas-puas.




Hmm kat sini pon ada rabbit, banyak gile hokey. diorang lepas rabbit dengan rusa ni macam tu je. boleh laa main kejar-kejar. aku ada beli makanan tapi kebanyakan rabbit kat sini kekenyangan dah. tak laku makanan aku beli tapi tak pe, pi cari arnab lain! Dah ko tak nak makan, sudah!

Kawan aku suka dukung rabbit, aku belai-belai je. heee macam-macam kaler pulak tu ada. tapi tu lah budak-budak memang suka datang sini. comel je diorang ni kejar rabbit. nak lepas anak-anak kat sini pon selamat. cuma kite as parents kena perhatikan je lah. kat sini bukan budak je excited, mak budak pon boleh over excited. macam aku! hihihi



Haa comel je kan gelagat budak-budak ni. well, aku spent time kat sini lama jugak. dekat 2 jam sebab memang aku suka dok sini. kejap-kejap aku rehat sambil tengok rabbit. lagipon kat sini tak panas sangat, ada tempat rehat. yela ko! tadi dah penat sebab dah daki bukit kat japanese village, tambah lagi pi colmar. fuhh penat! kije aku hari tu jalan je selagi boleh.



Dekat-dekat nak balik, aku pi balik kat rusa ni. baru berani nak pegang lama-lama. suka betol bile die makan dekat tangan aku. aku suka rusa bintik-bintik ni. comel je! siyesly memang jinak sangat. depa tak geget orang la... jangan takot-takot. korang datang laa sini bawa adik, bawa anak saudara ke, bawak anak sendiri pon boleh. kompem diorang suka!




Kawan aku ni si Yanti ni penakot nak mampoihh. hahaha.. nak sentuh pon acah-acah je padahal rusa tu manja gile. aku dah sengih-sengih sebab kawan aku ni memang kelakor. tapi satu je rusa ni bile kite sentuh die, kulit die macam bergegor sikit. tak tahu kenapa.. hee

Korang datang laa sini, cer try sentuh dan belai-belai! baru laa dapat taw yang korang ni jenis penakot ke tak. heee kalo tak datang sini, memang rugi sebab kat zoo pon kite tak leh sentuh rusa kan? kat sini je boleh.
Wajib singgah taw kalo pi Bukit Tinggi! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...