DRAMA TERBARU : SEHANGAT ASMARA



Bermulanya 21/01/2013, drama Sehangat Asmara adaptasi daripada penulis novel terkenal, Aisya Sofea sudah mula ditayangkan di Astro Mustika HD 134 bagi menggantikan drama 
Adam & Hawa yang sememangnya mendapat sambutan hangat..

Drama bersiri sebanyak 33 episod ini mesti mendapat sambutan yang baik daripada peminat-peminat novel...

Drama ini telah dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal tanah air....
Bintang utama mestilah Adi Putra dan Rita Rudaini....Gandingan yang sangat mantap...
Turut membintangi drama ini adalah Shah Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda dan 
Nur Fureena..






SINOPSIS


Kamilia Najwa & Zainal Arief. Cinta pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.



Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.


Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....


















Sape-sape nak link video ni (full episode) boleh laaa download di sini.....

 ~~SELAMAT MENONTON ~~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...