MALAM LAILATUL QADAR....


Teristimewa buat umat Nabi Muhammad S.A.W yang pendek hayatnya, malam Lailatul Qadar adalah peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu ganjaran dan keredhaan dari Allah.


 Firman Allah S.W.T :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". 

(Surah al-Qadr : 1-5)




 Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: 
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. 
''Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." 

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)







  Semoga Allah mengurniakan kita malam rahmat yang penuh barakah itu...





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...