August 8, 2012

SINGAPORE : IMBIAH LOOKOUT...


Masa dok jalan-jalan kat Imbiah Lookout ni, nampak Tiger Sky Tower...Setahu aku, menara ni merupakan menara pemerhatian yang tertinggi di Singapura..... Tingginya 110 meter
(360 kaki)...huhuhu..tingginya nak naik...!!! lebih tinggi lagi kot daripada Menara Taming Sari kat Melaka tuuu....Kalau korang nak tahu, menara ni telah siap dibina pada tahun 2004....




Amacam..??? tinggi tak..???


Dekat maghrib, aku snap pic ni..,

Lepas tu, aku nak berpatah balik ke Pulau Sentosa memandangkan sekejap lagi kami kena berkumpul kat Beach Station...Tapi, sebelum tu, sempat lagi singgah kat Images of Singapore ni..



Trak ni ada kat luar muzium ni...


excited nyerr wan dapat snap pic kat sini ek..??? muka penat lerr tu..!!!


muka penat...rehat jap atas basikal merah ni...

Untuk pengetahuan korang, Images of Singapore adalah sebuah muzium sejarah yang telah memenangi anugerah yang mempamerkan budaya dan sejarah Singapura.

Ianya terletak di Imbiah Lookout, Sentosa, Singapura berhampiran hentian Cable Car Singapura dan Merlion. Kat dalam ni, macam-macam pameran ada yang meliputi tempoh pra-British semasa pemerintahan di Malaysia dan pengasas kolonial Singapura oleh Thomas Stamford Raffles. Kenal tak Stamford Raffles.????  Masa sekolah dulu, subjek sejarah tingkatan 2 kan dah belajar pasal ni...cuba refresh balik otak tu..!!!

Sedikit maklumat yang aku dapat, muzium ni dibuka pada tahun 1983 dan masa tu kat muzium ni ada memaparkan cerita-cerita laut masa tahun 2002 tapi telah dibuang pada tahun berikutnya disebabkan tidak mendapat sambutan daripada pengunjung....Lepas tu, ia telah dibuka semula pada tahun 2005 dengan wajah baru..

Pengubahsuaian tersebut telah mendapat anugerah " The Best Reinvention of a Cultural Heritage Center" pada bulan April tahun 2006....berbaloi jugak dia buat ubah suai kan..??? Kat sini jugak ada sebuah restoran dan kedai cenderamata yang terletak di dalam muzium....



tengok patung-patung ni...nampak hidup je kan..???



Masyarakat Cina....


Hmmm..tengok ni dok main opera atas stage ni...


Maybe yang tengah-tengah tu, patung Stamford Raffles...


Kat sini, mungkin cerita pasal orang Melayu ataupun Serani...


Dari arah dekat....


Comel jerr budak ni main gasing...ni patung taw..!!! 


P/S : Cepat mengantok laaa sekarang ni...!!! nantikan entry last di Pulau Sentosa...



No comments:

Post a Comment